Housekeeping - Tutorial Kraf Kertas yang Bakal Menyusul
Isnin, Mac 28, 2016
Assalamu'alaikum,
Tidak tahulah kenapa, saya rasa macam extra sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kelas, sibuk buat party planning (ada beberapa events yang perlu disediakan props-nya),...sibuk bobok hehehe Blog update selang dua tiga hari. Komen dan blogwalking lagilah,..dapat sentuh usik sikit-sikit sana sini je.
Entri ini sekadar nak release teaser beberapa tutorial kraf yang akan diterbitkan di tower sekitar hujung Mac dan April. Saya terima beberapa e-mel daripada newbie yang berminat nak buat projek kraf kertas yang simple. Ada juga yang bertanyakan saya tentang kraf/diy mudah yang boleh dijadikan hadiah hari guru (bakal disambut Mei nanti). Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang lebih jimat buat sendiri. Dapat beri kepada lebih ramai guru.
