Glue Tapes untuk Kraf Kertas
Isnin, Disember 03, 2018
Dalam buat kad atau buat scrapbook, saya gemar gunakan glue tapes berbanding adhesives yang lain. Ada banyak jenis gam untuk kraf kertas - ada adhesive dots, clear glue, double sided tape, foam tape. Masing-masing ada fungsi dan kegunaan tersendiri.
Tetapi yang paling banyak saya guna ialah glue tapes. Pertama, sebab sangat convenient. Mudah nak digunakan. Kita tinggal gelek (roll) pada bahagian yang kita nak tampal tu. Kedua, less messy. Tidak comot, tidak sememeh jika dibandingkan dengan gam biasa/gam cecair. Pada masa yang sama, kita dapat jaga kualiti kad atau projek kraf yang kita buat.
Bukan apa, kadang-kadang kertas yang digunakan tu nipis. Kalau kita guna gam biasa, berkemungkinan besar akan basahkan kertas. Nasib tak baik, kertas tu akan kering dalam keadaan menggelembung. Tidak!!! Sebelum ini saya pernah guna glue stick yang macam UHU tu. Tidak kena dengan saya. Sometimes gamnya tak berapa kuat. Tak melekat.
Jadi, saya memang lebih suka guna glue tapes. Di bawah ini, antara glue tapes yang biasa saya guna dan sentiasa ada dalam koleksi saya.
Saya tidak beli glue tapes di kedai jual barangan kraf seperti Spotlight. Di sana, glue tapes agak mahal sebab berjenama dan diimport dari luar negara. Yang biasa saya gunakan, beli di POPULAR, jenama Norino (yang lonjong bertutup biru dan monsters comel-comel tu). Lagi satu saya beli di kedai alat tulis SPP di Sungai Buloh.