Ini antara pokok pudina yang saya tanam. Saya ada empat pasu pokok pudina setakat ni di taman herba saya. Memang suka dengan daun pudina. Selalu guna untuk buat teh pudina, buat salad dan setiap kali makan laksa, saya akan petik daun pudina yang fresh untuk menambah rasa.
Cara nak tanam pokok pudina? Senang je. Ambil tangkainya, potong bahagian atas sedikit (untuk beri ruang pucuk baru tumbuh) dan cucuk je dalam pasu. Nak maintain pun senang. Pastikan cukup air. Rasa-rasa pokok tu dah menjalar-jalar, potong tangkainya dan cucuk dalam pasu baru. Kalau rajin, tanam balik dalam pasu-pasu kecil. Then, bolehlah beri pada jiran-jiran. Daun pudina ni boleh dikeringkan. So, tahan lebih lama. Nanti saya kongsikan caranya dalam kesempatan lain.
Oh, nama 'Pokok Pudina Aduka' ni sekadar propaganda je! Bukanlah spesies istimewa ke apa. Kisahnya, semasa saya sedang edit gambar ni, Cekebon (yang confirm-confirm muka tengah boring) datang masuk bilik.
"Kak, nanti mainkan ibu lagu 'Aduka'..."
Lagu Aduka? Lagu baru ke? Pusing juga kepala saya cuba nak recall lagu apa yang Cekebon maksudkan. Hahahah! Rupa-rupanya Cekebon nak lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal! Itu memang lagu favourite Cekebon sekarang nih ;) Aduka pun Aduka lah, Bon! So, secara tidak langsung, pokok pudina saya ni dapatlah tempias 'Aduka'nya.
ayah kita minat la cucuk tanam nie. kita tak minat ;p
BalasPadamAkak tanam pun pokok2 yg senang jaga je, Maria. Saja excited tgk pokok2 hijau :)
Padamsaya ada juga minat cucuk tanam masa baru masuk rumah baru..
Padamtapi, kawasan rumah panas sangat dek panahan matahari ...habis sume mati.
lps tu xde mood dah..
betul. saya pun pernah putus angin sebab pokok mati sebab panas. tu yang sekarang slow-slow tanam balik :)
Padamira tak makan pon daun pudina dlm asam laksa...dia letak sepokok mcm hiasan..haha
BalasPadamOhh, tastebuds kita xsamalah :)
PadamMak xpenah buat laksa letak pudina. Ira jenis mak xpenah bg makan, ira xmakan la.. Hihi
PadamHehehe,..Akak ni pula dah tua baru pandai makan laksa dengan daun pudina. Masa kecik2 tak suka sebab rasa macam ubat gigi ;)
PadamLagu arjuna beta tu ...
BalasPadamsuke..suke..suke..
saya suka liriknya :)
PadamPernah minum teh pudina kat kedai nasi arab.
BalasPadamTapi, x ingat plk nama nye.
teh pudina kedai nasi arab rasanya berempah sikit kan,...
PadamSenang kan tanam pudina. Sy sdg cuba tanam mcm2 spesies pudina. Lgpun ia mudah membiak.
BalasPadamO ya, pudina ni bersifat "penceroboh" so hati2 kalau nak tanamkan ia sepasu dgn pokok lain.. nanti takot akar pokok lain kena "cekik".. hehe
Betul, Hazran. Saya masa mula-mula tanam, terkejut tengok pudina ni menjalar occupied ruang tanah. Memang tak boleh beri berjiran dengan pokok lain. Setakat ni saya hanya ada sejenis pudina. Lepas ni nak cuba tanam banyak spesies jugalah :)
PadamHaa kan.. Sy pun x campurkan pudina dgn pokok lain.. naya nnt pokok lain.. hehe
PadamKat TESCO ade jual AppleMint.. Ade rasa epal g2.. :D
Thanks so much, cikgu atas saranan. Dah jot down apa nak beli dah...
PadamSama-sama.. Sronok tgk pokok2 herba ni.. Hehe
Padam