Dah beberapa tahun saya kerap pertikaikan kemampuan saya - bersedia tak kalau terima panggilan yang satu ini? Setiap kali saya fikirkan, setiap kali itulah saya akan kata tidak. Pagi 9 Mac, 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya terima panggilan daripada Hafiz, adik lelaki saya yang duduk di Banting. Entah mengapa rasa berat hati nak angkat. Saya hanya pandang nombornya yang tertera dan biar hingga telefon berhenti berbunyi. Dalam hati dah terdetik,...takkanlah,..ishhh aku tak bersedia!
Selang seminit, apabila Cekengah ketuk pintu bilik dengan cemas, saya dah tahu...apa yang saya nak elak sangat, saya terpaksa dengar. Mandi, solat Subuh, bersiap, masuk kereta dan sumbat diri masuk kereta Cekengah. Tak ingat apa-apa,...tak dengar dan lihat apa-apa dah. Semua blur. Dalam hati saya, masih lagi berperang dengan diri - SAYA TAK BERSEDIA.
Sampai di muka pintu, masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada, duduk berkumpul dengan Cekebon, mak cik dan adik-beradik, saya masih dalam keadaan expressionless. Sehinggalah apabila melihat wajahnya, (itupun setelah saya minta pada Cekengah untuk tolong bukakan kain yang menutup tubuh dan muka), baru otak ni betul-betul menerima input yang ayah saya sudah meninggal dunia :'(
Babah dipanggil ketika lena dalam tidur. Mulalah bertindih-tindih rasa terkilan. Tak sempat jumpa babah, tak sempat luangkan masa bersamanya pada hari-hari akhir arwah, tak sempat minta maaf. Tetapi, kita memang harus bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Sudah sampai janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Mahu tidak mahu, saya kena redha. Apa yang saya sangat-sangat syukuri, hal-hal pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Cepat disempurnakan semuanya.
Selamat jalan, Babah. Moga babah tenang di sana.
Al-Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
13 Jun 1955 - 9 Mac 2015
Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara, kenalan, badan khairat kematian dan penduduk-penduduk taman yang sudi membantu meringankan kesulitan kami sekeluarga.
sedihnyeee... :( salam takziah kak farah.. arwah babah kak farah sebaya ayah anis.... teringat ayah anis tibe2.. :( al fatihah..
BalasPadamsalam takziah akak.. tabah ye kak.. setiap yang hidup pasti kembali pada-Nya..
BalasPadamInnalilahiwainnailaihirajiun.. salam takziah dari Eyda buat kak Farrah sekeluarga.. semoga kak Farrah tabah menghadapi ujian ini.. setiap yang hidup pasti akan mati.. kita yang hidup nih haruslah meneruskan hidup.. apapun banyakkan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. semoga arwah tenang di sana..
BalasPadamInnalillah wainnailaihi rajiuun semoga farrah tabah ya menghadapi situasi ini. semua kita akan kesana tiada terkecuali, ALLAH lebih mengetahui segala nya.
BalasPadamalfatihah..
BalasPadamsalam takziah..
semoga terus tabah..
='(
Takziah kak...
BalasPadamJangan lupe setiap kali abis solat, panjangkan doa kepada arwah
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
Takziah kak Farrah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun. Takziah Kak Farrah dan keluarga. Semoga terus tabah.
BalasPadamAl-Fatihah.
maksud kak farrah,panggilan Ilahi kan?
BalasPadamhttp://inilamanblogsaya.blogspot.com/
takziah utk farrah sekeluarga....semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
BalasPadamAl fatihah
Salam Takziah Kak Farrah...banyakkan bersabar ye..Allah lebih sygkn Babah...jangan lupa sentiasa doakan dan sedekahkan al-fatihah buat Arwah..
BalasPadamwana dapat rasakan kesedihan kak farrah..tetap tabah dan sabar ya kak..takziah dari wana..semoga arwah babah akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin.
BalasPadamAl-fatihah
salam takziah kak farrah
BalasPadamsalam takziah kak farah
BalasPadamInnalillahhiwainnailaihiroji'un.
BalasPadamTakziah buat k.Farrah & keluarga.
Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
Takziah kak Farrah & family. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman....
BalasPadaminnalillahiwainna ilaihi roji'un.. takziah utk k.farrah n family. saya pn paling takut dpt pangilan mcm ni
BalasPadamzinziemeewah
salam takziah buat akak and family.
BalasPadamSentiasa doakan arwah supaya sentiasa tenang di sana.
Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diredhai Allah. Amiinn insyaAllah.
Salam takziah buat akak dan family akak...semoga arwah babah akak tenang d sana dan bersama orang2 yang beriman...Al-Fatihah..
BalasPadamSalam takziah kak farah sekeluarga ya... al fatihah buat arwah babah semoga rohnys dicucuri rahmat n ditempat dikalangan beriman diredhai.. amin
BalasPadamTakziah sis. Semoga redha menghadapi ujian allah. insyaallah
BalasPadamsalam takziah Farrah....Al-Fatihah buat Arwah...semoga roh beliau di curu rahmat aminnnn
BalasPadamTakziah akak.. Moga akak tabah.
BalasPadamInnalillah wainna ila hirojiun... takziah untuk farrah dan keluarga.. sabar ye kak..
BalasPadamtakziah buat keluarga akak.. nina pun xsedia nk kehilangan org yg disayangi.. semoga akak redha. jgn sedih2 ya.
BalasPadamtakziah sis..titipkan doa sebanyak mungkin...
BalasPadamInnalillah kak Farrah. Semoga akak kuat! I know you're strong!
BalasPadamsalam takziah Kak Farrah.. betul tu.. kita kena always bersedia meninggalkan dan ditinggalkan..
BalasPadamInnalillahhiwainnailaihiroji'un
BalasPadamalfatihah...