NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Selasa, 19 Jun 2018

Voucher Shake Shake Lazada

Masa Lazada buat sale sempena raya awal bulan Jun yang lalu, kan ada Shake Shake slots untuk kita rebut peluang menang shopping voucher kan? Selalunya bab-bab begini saya memang kurang bertuah hehehe. Jadi, tak adalah alert sangat dengan waktu untuk shake shake.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam, saya buka phone sebab nak sync steps Garmin. Masa tu dah pukul 9 lebih, steps tak cukup 12 000 lagi! Dalam kalut-kalut, terrrbuka aplikasi Lazada. Eh, ada shake shake lah! 

Makanya, sambil struggle menambah steps plus kutuk-kutuk diri sendiri sebab sebelah siangnya tu mengular depan TV, saya pun goncang-goncang phone. Ngam ngam pada pukul 9.30. Goncang dan goncang lagi! Then, pada percubaan ke-4, dapat notifikasi kasih sayang YOU HAVE WON! Yabedabeduuuuuu!




Gumbiranya hati tidak terkata! Alhamdulillah, rezeki. Minimum spend pun tak perlu banyak - RM60 je. Kalau kena belanja ratus-ratus baru entitled guna voucher tu sedih gak. Bukan ada barang sangat pun nak dibeli di Lazada dalam waktu terdekat. Cuma nak cari dakwat printer je. Kebetulan,  dakwat printer yang saya ingin beli tu dah masuk cart. Apabila diperiksa, ada pula penurunan harga sempena sale raya! Harganya RM61++ untuk 2 unit dakwat (twin pack). Dah lepas dah minimum purchase. So, apabila dimasukkan voucher code, dapatlah diskaun RM18. Selesai! Dapat beli dakwat printer dengan harga paling berbaloi! Thank you, Lazada!


19 ulasan:

  1. Baru tahu yang Lazada ni ada shake shake :O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adaaa,...tak silap akak shopee pun ada buat macam ini.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Bertuahnya sis.. Tahniah..Seronok nak membeli bila dapat diskaun banyak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sha. Bila dapat diskaun banyak, semangat sikit nak shopping. Baru rasa berbaloi hehehe

      Padam
  3. tahniah! sha taksempat install lazada haritu huwaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa install cepat2. Lepas ni mesti Lazada akan buat lagi :)

      Padam
  4. wah bertuahnyaa. Tak dan nak bukak lazada sekarang ni. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, Cici. Nanti Lazada buat sale pada masa akan datang boleh cuba nasib :)

      Padam
  5. mcm best. tahu ni masa tengok rancangan TV - LAZ ada Style hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh memang best bila ada rezeki ;)

      Padam
  6. oh sy ingt shake yg minuman tu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan minuman, bukan blender shake,..tapi ni shake telefon hahaah

      Padam
  7. jimat sangat tu kak twin plak tu. berbaloi shake shake hehe..

    BalasPadam
  8. tahniah farrah. bertuah shake shake!
    aida x shake shake pun.
    takde masa sesgt time tu hu hu hu
    shaking dgn exams and assignments :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa,..tak apa. Lain kali kita shake shake k 😊

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...