Ahad, Ogos 18, 2019

Kord Gitar Mudah Esok Belum Tiba - Nastia feat. Liyana Fizi

Sejak ibu jari saya kena bedah Jun lalu, memang tak dapat nak petik gitar. Jari under construction-lah katakan. Sekarang ni, walaupun masih tengah jalani terapi untuk biasakan penggunaan ibu jari semula (sebab dah hampir dua bulan buat kerja tanpa gunakan ibu jari), teringin juga jemari ni nak usik tali gitar. 


Jadi, saya cuba jugalah main gitar. Cari lagu yang dah lama teringin nak main, perlahan-lahan petik.  Pada mulanya rasa ngilu jugak. Tapi, lama-lama OK. Bolehlah buat lepas gian. 😉


Lagu 'Esok Belum Tiba' jadi pilihan pertama saya. Lagu ini sebenarnya popular sekitar tiga empat tahun yang lalu. Zaman-zaman tu memang saya suka sangat dengan lagu Liyana Fizi. Selepas 'Jatuh', gabungan suara Liyana dengan Nastia ni juga merupakan kegemaran saya. Soothing and easy listening. Lembut je masuk telinga. Cuma masa tu saya belum pandai main gitar. Jadi, tak adalah chords gitar lagu ni di FAMF Tower.


'Esok Belum Tiba' kembali jadi siulan dan dicari-cari semenjak gelombang panas drama 'Sweet Dreams' mula melanda peminat drama melayu tanah air. Lagu ini merupakan salah satu daripada lagu runut bunyi drama lakonan Mira Filzah dan Ben Amir selain daripada lagu-lagu IamNeeta ('Ilusi', 'Jatuh Cinta' dan 'Sakit').

Kredit

Hari ini saya kongsikan kord gitar mudah lagu 'Esok Belum Tiba'. Kord asal kita guna 'A'. Yang di bawah, sudah saya transposed kepada 'C'. Bagi yang cari easy chords 'Esok Belum Tiba', selamat berdendang! Semoga terhibur!



Kord Gitar Esok Belum Tiba - Nastia feat. Liyana Fizi (OST Sweet Dreams)
Easy Guitar Chords



(Intro)
C G D C
Em D Em C G


C            G             F      C
Terjaga, ku disentuh lembutnya suria,
Em               Dm
dan siang pun berubah
               C                    G
pelangi hidup disambut senja


C           G            F          C
Pabila,kau cuba buktikan pada semua,
Em               Dm
kau bersungguh membina,
       C                    G
apa yang kan runtuh jua


(Chorus)
F          Am
Sedarlah kita,
C                    F
malam mungkin ada.
F          G
Sedarlah,
Em         F
esok belum tiba.
F                Dm                C
Kejutkan aku bila kau bersedia

F  C F C F  C F
Am   G  C  F  C  G
Am   G  C  F  C  G  
Lalala


Am       C
Oh bintang setia,
F                    G
menari di angkasa,
C                       G   
khabarkanlah pada mereka,
C                 F       
sesungguhnya nikmat didunia,
C           G            C
itu hanya sementara.


Am       C
Berdoalah kita,
F       C             G
moga terus bernyawa,
C                       G   
khabarkanlah pada mereka,
C                 F       
sesungguhnya nikmat didunia,
C           G            C
itu kekal selamanya.



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan mendapatkan lagu, nada dering atau 'caller ringtone'  di platform digital yang sah agar mereka dapat terus berkarya.



3 ulasan:

  1. eh.. ada dalam drama sweet dreams.. tak perasan.. nak kena dengar betul-betul ini.. Sha dah terjebak dengan drama Melayu ini.. Pertama kali rasa nak tengok sampai habis..

    BalasPadam
  2. sy cuma amik tau je psl drama ni... tgk mmg x hehehe

    BalasPadam
  3. nak tanya strumming pattern macam mana ya?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.