Vadai untuk Sarapan

Jumaat, Oktober 25, 2019

Vadei. Wadeh. Vadey. Vaday. Vadai. Tidak pasti yang mana satu ejaan yang tepat. Sipi dan selisih huruf je. Janji ada bunyilah kan....Vadai seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini dipanggil ulunthu vadai atau ulundu vadai. Kuihnya garing di luar, lembut di dalam dan dibuat daripada kacang dal putih. 

Ada satu lagi jenis vadai yang keras sedikit teksturnya berbanding yang ini. Vadai itu diperbuat daripada kacang dal kuning. Saya suka dua-dua tetapi jika tanya preference, saya prefer ulunthu vadai. 

Ini antara sarapan kegemaran saya. Saya boleh makan tiga hingga empat biji sekali duduk. Lagi asyik tak ingat dunia apabila dimakan dengan kuah kelapa (chutney). Memang dap dap dap! Vadai ini 'import' dari Taman Tun Dr. Ismail. Lembut dan fluffy. Tengok kegebuannya kita dah confirm tergoda! 

Jarang-jarang berpeluang nikmati vadai ini sebab takkanlah nak pergi TTDI semata-mata dek kerana nak makan vadai. Jadi, sekali-sekala apabila berpeluang ke area sana, saya akan tapau vadai ini. Selepas itu, balik rumah...memang akan duduk dan nikmati sepuas-puasnya.

Siapa suka makan vadai lembut ini? Kita geng! Saya pernah beli pek premix vadai ni di Tesco. Tinggal letak air dan kacau hingga jadi adunan sekata. Dah gemar sangat, cubalah buat sendiri konon-kononnya. Not bad. Bolehlah buat lepas rasa teringin. Tetapi, hasilnya tidak segebu dan fluffy yang macam di atas tu. 

Kalau buat from the scratch belum pernah lagi. Ada siapa-siapa ada resepi ulunthu vadai ni tak? Kongsi boleh?

5 ulasan

  1. Tak kisah nama dia apa. Bila dah terhidang depan mata nama x penting ngap je haha. Saya suka kuah putih. Farrah?

    BalasPadam
  2. pernah buat sendiri tapi tak berapa menjadi.. agak susah juga nak membuatnya..
    Ada premix eh.. nape tak pernah jumpa pun.. huhu..
    Sha suka vadai ini..

    BalasPadam
  3. Saya suka donut india ni...tak tahulah kalau ni pun dikira vadei. baru tahu. selalu panggil donut india. sedap gila. sbb rasa rempah2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.