Rabu, Disember 02, 2020

Kord Gitar Purnama - Naim Daniel

Sebenarnya saya tidak perasan pun bila lagu terbaharu Naim Daniel ni released. Sedikit masa dahulu, adalah kerap melintas di paparan media sosial klip pendek Naim ni nyanyi lagu Purnama bahagian reff. Terdetik juga kat hati, best lagu ni. 

Sebelum ini dalam banyak-banyak lagu Naim, saya tetap suka Sumpah. Sembah, walaupun ada sentuhan magis Man Kidal, bagi saya so-so je. Tak cukup kick-lah konon-kononnya. Lagu rancak dia, lagilah tak kena dengan selera tua saya. 🤣

Semalam, semasa sedang siapkan kerja, saya perasan Bott dok ulang-ulang lagu Purnama. Baru tahu dah keluar full version. Pelik pula, si Bott ni mana dengar lagu-lagu jiwang. Dah tu dia tak berkenan dengan Naim, lagi-lagi dengan potongan rambut sekarang. Dia kata sakit mata tengok. Dah kenapa dia dok galur lagu tu?

Rupa-rupanya, dia layan video muzik Purnama. Sudah boleh ditonton di Youtube. Ralit si Bott tengok sebab dia kata Naim berlakon dalam klip video tu real. Dah memang budak tu pelakon, kan? Hahaha dah alang-alang telinga ni kena dengar Bott ulang tonton lagu Sumpah, saya pun cari chords mudah untuk Purnama. As usual, the transposed version.

Siapa yang sudah dengar Purnama? Sudah tonton klip videonya? Jangan lupa kongsi pandangan kalian di ruangan komen di bawah.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Purnama - Naim Daniel (Easy Chords)

(Intro)

Am F Dm E 

Am

Tak terungkap kata

F

menyedari masa

G                         

ke mana perginya dia

Am

Jika ditakdirkan

F

begini rasanya

G                    C

terpaksa aku terima


Dm                 Em

Gantikanlah jika ini 

           Am-G D

yang terbaik buatmu

Dm               E

kurelakan ikhlasnya


(Chorus)

                        Am

Kurindukan purnamaku

                             F

doa ku 'kan bersamamu

                           G

semoga hatimu 'kan kekal abadi

    C

terhadap diriku


                          Dm

Tuhan kumohon jaga

E                     Am-G

dia tanpa ada noktah

D                                   Dm   

Tuhan kumohon kuatkan hatinya 

E

selamanya


                F G

Aku perlu dia

Em                Am

kurindu purnamaku

F G        Em Am

    dan ku masih begitu

F G        E  Am

    andai ini takdir nya

      Dm

Tuhan kumohon pada-Mu 

                      E

kuatkanlah hatinya


                    F G Em

aku perlu dia ho oh oh

Am               F G Am

aku perlu dia ho oh oh


8 ulasan:

  1. suka jg tgk dia berlakon
    dari dia kecik minat sgt kat dia

    hehehe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bolehlah sikit-sikit, Kakmim. Buat isi masa senggang 😊

      Padam
  3. Balasan
    1. Jangan sob2 gituan. Gitar tak ada, benda lain ada 😆

      Padam
  4. Semakin menyerlah bakat Naim Daniel dalam nyanyian. Hebat kak Farrah main gitar pandai baca kod gitar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak hebat mana, Fiza. Lepas main utk syok sendiri je hahaha

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.