Bendi. Lady's Finger. Okra. Setiap kali jumpa sayur banyak nama ini yang segar dan masih muda ketika membeli barang basah, saya memang tidak akan lepaskan peluang untuk beli barang sepek dua.
Selain daripada dijadikan bahan utama untuk masak asam pedas mudah (resepi boleh lihat di sini), dimasukkan ke dalam kari sayur-sayuran dan juga singgang, biasanya saya akan masak bendi goreng pedas. Malah, hidangan ini antara yang sering diulang-ulang dalam menu.
Lihat juga: Tips Memilih Bendi
Bukan sahaja mudah disediakan, malah hidangan ini memang menyelerakan buat penggemar bendi.
Resepi Bendi Goreng Pedas
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bendi dibasuh dan ditus. Barulah dihiris nipis.
- Beberapa ulas bawang putih.
- Segenggam kecil ikan bilis.
- 1 - 2 sudu besar cili kisar. Ingat lagi saya pernah kongsi tentang cili kiub saya? Saya gunakan 2 kiub untuk hidangan ini.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 2 - 3 sudu besar minyak masak untuk menumis.
Langkah-langkah penyediaan:
- Tumbuk bawang putih bersama ikan bilis sehingga agak lumat.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga garing.
- Setelah itu, masukkan cili kisar dan biar seketika sehingga cili masak atau pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
- Seterusnya, masukkan bendi. Gaulkan bendi dengan tumisan tadi sehingga tergaul sekata.
- Sedia untuk dihidangkan.Tidak perlu letak garam kerana kita sudah ada masin ikan bilis dan sos tiram.
Punyalah suka dengan lauk ini, biasanya bendi goreng pedas ini jadi lauk utama kami. Satu lauk sahaja dah cukup. Makan dengan nasi panas, letak kicap manis sedikit. Kalau rasa hendak ada sumber protien, saya gorenglah hirisan tempe atau tauhu di dalam air fryer untuk digandingkan bersama lauk bendi.
Pantang utama selepas masukkan bendi, tumis sekejap je. Jika hendak hidangan tu berkuah sikit, nak tambah air ke … lakukan sebelum masukkan bendi. Selepas dah masuk bendi, jangan masukkan air langsung. Kita tak mahu lendirnya keluar. Nanti, tiba-tiba bendi bertindak balas mengeluarkan ‘air liur naga’, tak lalu makan pula dibuatnya. 😂
Selamat mencuba!
Haha, air liur naga ye. Tak pernah saya dengar orang panggil lendir bendi dengan nama tu
BalasPadamHahaha menepati description tak utk lendir bendi tu? 😂
PadamSaya terbayang 'Toothless' plak. Hihi
PadamAda juga comelnya kalau air liur Toothless. Akak terbayang anjing tiga kepala dalam Harry Potter punya air liur hahahah
PadamMemang sedap bendi goreng macam ni... As suka :)
BalasPadamSedap kan … akak selalu masak lebih untuk ratah makan begitu je 😊
PadamWuu nampak sedapnya kak
BalasPadamDap dap dap tapi bagi yang gemar bendi la 😀
Padamkita datang petang2 ni...
BalasPadamalamak k ret x suka bendi hehe so kita mampu tgk je org makan :D
Selamat petang, Kak Ret! Tak apa tak apa. Tak makan bendi, nanti saya jamu lauk lain ya. 😊
PadamHehe kadang suka juga lauk jadi vegetarians tiada daging.
BalasPadamSuka benda berbanding terung dalam asam pedas.
Hehehe sekali-sekala perasan vegetarian apa salahnya, kan? 😂
PadamAir liur naga ye kak farrah ahahaha, tiba tiba terbayang hahahaha.
BalasPadamTak pernah makan bendi, sebab takut pahit >.<
Hahaha sila bayangkan! Jahat kan akak 😂
PadamBendi tak pahitlah, sayang ... Cuma kalau salah masak keluar air liur naga je hikhikhik
Betul ke tak pahit kak farrah? Mindset asyik fikir pahit pahit pahit jadinya sampai sekarang la tak makan >.<
PadamBetul... tak pahit. Yang pahit tu peria 😂 Lepas ni boleh cuba. Cuba hirisan paling nipis/kecil dahulu. Kalau pahit, adu kat akak 😁
PadamSalam tuan rumah..
BalasPadam.
Lama sungguh akak tak singgah sini.
Rumah sendiripun dah jadi hutan rimba dah..
Haha..
Waalaikumussalam, kak. Lama tak denga khabar. Tak mengapa, kak. Mana tah di balik hutan rimba tu ada terselit bendi setangkai dua 😂
PadamSelama kembali berblogging!
Akak kan tak berapa pandai goreng bendi macam ni..pernah cuba tapi confirm berlendir lepas tu...acaner erk...
BalasPadamSaya selalu kan kak...basuh bendi tu dulu, tuskan. Time nak masuk dalam masakan barulah dihiris atau dipotong. Lepas masuk bendi tu saya tak masuk apa-apa dah. Saya pernah tertambah air lepas masuk bendi. Memang keluar air liur naga! 😝
PadamBendi. antara sayur favourite saya. Sedap masak tumis pedas macam ni. Paling takpun saya akan buat ulam je. rebus dan cicah sambal belacan.
BalasPadamBendi rebus cecah sambal belacan memang epik! Dap dap dap!
PadamBendi saya suka makan macam ulam sahaja.. Cicah dengan sambal belacan.. Perghhh..
BalasPadamyes. celur kejap.
Padamdgn budu tempoyak pun best!
Ini yang buat makan bertambah nasi ni 😂
Padamair liur naga eh, haha! betoi, mak mertua pun pesan yg sama jgn letak air lepas letak bendi nanti lendir keluar, hihi..mmg tak lalu la klau jadi gitu..
BalasPadamAir tu seteru dia. Hahaha memang tak akan lalu nak makan walaupun lendir tu tak berasa 😁
Padamsedapnya bendi... salam kenal, sy follow sini ;)
BalasPadamSalam kenal, Busyra. Terima kasih sudi berkunjung ke mari dan follow akak 😊
Padambetul tu. nanti berlendir lauk kita kan.
BalasPadamaida kalu buat ni, dgn byk cili merah.
akan bersambal, farrah.
rumah ni dgn sambal tak boleh dipisahkan.
Lagi banyak sambal lagi best kan, Aida. Senang nak prepare menu, satu keluarga dengan Izzat sekali kaki makan sambal.
Padamfaveret shida dan suami juga kak farrah tp jrg sgt masak ^_^
BalasPadamSedap sangat ni bendi goreng pedas, Kak Amie suka!
BalasPadamSedapnya . Selalu juga CCL buat kacang bendi masak pedas ni . Kadang pecahkan sebiji telur dlm tu
BalasPadamfav sy ni ms ddk asrama dulu. tp mesti ada ikan keli goreng. br lah ngam����
BalasPadam