Hari ini saya ingin berkongsi satu tips berguna yang saya jumpa di Internet. Sumber dan gambarnya tidak dapat dipastikan dengan jelas dari mana. So, the credit definitely goes to the original owner of the pic. Tips tentang apa? Tips untuk memilih bendi. Ladies' fingers or okra.
Bendi ni sedap makan yang muda. Kalau dapat yang tua, memang jenuh nak mengunyah. Jadi, macam mana nak pilih bendi yang sesuai untuk masakan kita. Perhatikan gambar di bawah.
Ya, kita lihat pada bahagian tangkainya. Jika tangkai tidak berlubang, maknanya bendi itu bendi muda. Kita akan nampak kawasan sekitar tangkai masih segar. Jadi, lulus untuk dimasak. Sedap dibuat ulam.
Sebaliknya, jika pada bahagian tangkainya kelihatan berlubang, seolah-olah termasuk ke dalam sedikit, itu petanda yang bendi tersebut bendi tua. Tangkai pun dah ganyut. Jangan beli yang ini. Not nice. Selepas ni, bolehlah praktikkan tips di atas semasa membeli bendi ya.
Di rumah saya, bendi akan laku jika dibuat masak asam pedas. Lauk asam pedas tu pula resepi yang simple sahaja, tidaklah ikut resepi asam pedas Johor atau Melaka yang kena letak halba dan bahan-bahan lain. Janji cukup masam, cukup pedas. Yang penting bendi kena letak banyak-banyak, daun kesum pun saya suka letak banyak. Ikan atau ayam sedikit tak mengapa, janji bendi banyak 🤣 Ratah bendi yang dah lembut, dah resap kuah asam....fuhhhhh! Time kita gigit bendi, kuah asam pedas merembes keluar sekali...nikmat!
Oh, lagi satu petua apabila masak bendi ni, sebelum apa-apa, kita basuh dahulu barulah dipotong atau dihiris untuk dimasukkan ke dalam hidangan. Kita nak elak bendi tu daripada berlendir. Kalau masak tumis bendi (atau bendi goreng) pula, selepas masukkan bendi, jangan pandai-pandai nak masukkan air (konon elak bendi kering atau nak bagi berkuah sedikit). Tindakan kita tambah air itu akan menggalakkan lagi penghasilan lendir. Nanti tak pasal-pasal lauk bendi kita tu jadi macam lauk bendi air liur dragon pekat likat! Lalu ke nak makan?🤣
ada jg yg patahkan bhg belakang bendi, kalau boleh patah dua maknanya masih muda, kalau liat maknanya bendi tua...
BalasPadamorg ckp mereka yg sakit lutut mmg elok makan bendi sbb ada lendir..huhu..
wah..petua2 menarik dari dapur FarrahMF. Thanks sharing
BalasPadamfevret jugak ni bendi.. memang kena plih yang muda baru feeling nak makan..
BalasPadambtw baru tahu xleh masuk airrr hahaha.. patut slama ni fail masak bendi =D
Selain sedap, bendi ni banyak khasiatnya.
BalasPadamkalau makan asam pedas ni memang sengaja amek banyak bendi .. macam lagi umphhh kalau makan bendi asam pedas.
BalasPadamlepas nie senang nak cari bendi.. tua agak tak berapa best nak makan.. kalau muda, buat ulam pun sedap.. hehehe
BalasPadamThanks for the tips Farrah. Saya x berapa pandai pilih bendi ni. Masak pun salah. Habis berlendir2. Yuckoo!
BalasPadamooo mcm ni la pula nak tengok bendi muda ke tua.
BalasPadamsaya kalau nak tahu bendi tu tau ke muda, pi patahkan hujung bendi tu,
ekeke. marah penjual sayur.
tq share.sangat perlukan tips ni sebab kadang terambil bendi tua..tak dapat buat ulam dah.
BalasPadamooo psl tangkai berlubang ni baru tau thanks 4 sharing ;-)
BalasPadam