Buat Kad Flamingo

Sabtu, Oktober 26, 2019

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai pelekat burung flamingo (Kecintaan pada Si Flamingoyang sangat sesuai dijadikan hiasan pada kad ucapan atau scrapbook. Tengok gambar di bawah. Cantik kan? Saya suka pada warnanya yang vibrant dan tema tropika yang datang bersama burung-burung merah jambu ini.


Kali ini saya hendak kongsi hasilnya pula. Ada beberapa kad ucapan yang saya buat menggunakan pelekat-pelekat flamingo di atas. Dah ada hiasan cantik sebegini, tak perlu kerah idea sangat nak buat kad macam mana. Main tampal-tampal, tepek ikut suka je ­čśë



Kad pertama dengan latar belakang hitam ini saya panggil bridge card. Tidak pasti nama sebenar tetapi sebab bahagian panel di hadapan kad seolah-olah jambatan, kita panggillah bridge card. Buat  kad versi menegak. Kad kosong. Boleh guna untuk apa-apa occasion sebab sentimen yang digunakan tidak spesifik. Hanya motivational quote - be your own kind of beautiful.


Bahagian hadapan. Walaupun kad ini apabila ditegakkan jadi 3D, kad ini boleh dileperkan dan dimasukkan ke dalam sampul surat.


Ini pula bahagian belakang. Ada seekor lagi flamingo. Flamingo yang saya gunakan ini  pakai dimensional tape. Jadi, nampak lebih timbul. Memandangkan kad ini berwarna hitam dan ruang untuk menulis agak terhad, saya tambah satu panel khas macam note card di bahagian belakang kad. Bolehlah tulis banyak sikit. Lebih spacious berbanding di hadapan.


Kad kedua pula bertema merah jambu. Saya gunakan pelekat-pelekat kecil set flamingo dan tampal secara rawak di atas sekeping kad putih. Kemudian, saya potong memanjang kad putih tersebut dan lekatkan di atas pre-folded card berwarna merah jambu bercorak polka dot untuk dapatkan sedikit kontra antara kedua-duanya. Sesudah itu, lengkapkan kad dengan sentimen - DON'T SWEAT THE SMALL STUFF. Sentuhan terakhir, letak seekor flamingo comel di bahagian tepi kad sebelah kiri.




Saya tambah elemen pop-up di bahagian dalam kad. Seekor lagi flamingo.



Kad yang ini paling saya suka. Kad ini kad tahniah untuk pengantin baharu. Tema serba pink merah jambu. Konon-kononnya seekor flamingo jantan bertemu cinta hatinya si flamingo betina dan berjodoh hingga ke jinjang pelamin. Heheheh. 



Jika diberi pilihan, kad satu, dua atau tiga yang kalian paling suka? Saya masih ada beberapa pelekat flamingo yang berbaki. Mungkin selepas ini nak cuba buat penanda buku pula.

Selamat nikmati hujung minggu yang panjang.
Selamat bercuti.
Selamat beristirahat.


Psstt! Nanti saya datang jengah kalian ye.

9 ulasan

  1. kalo dh kreatif mcm2 blh buat..
    kalo sy xtau jd ape.. haha..
    cantik sgt kad2 tu!

    BalasPadam
  2. Ya Allah cantik sangat.
    Boleh tak buatkan nama ETUZA BLOGGER..nanti saya beli ya dek..

    BalasPadam
  3. Wah cantik nih! Boleh tempah satu?

    BalasPadam
  4. Cantiknya.. Sha suka kalau ada gambar flamingo.. hehehe..
    Sweet je..

    BalasPadam
  5. wah! cantiknya. saya tengah cari idea nak buat kad birthday utk diri sendiri. haha. sebab ada beli cardboard hitam yg saiz a4. geram betul tengok warna pink2

    BalasPadam
  6. saya suka pink...paling suka kad flamingo ada pop up

    BalasPadam
  7. Cantik kad ni..suka kalau timbul2 ni..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.