Nak Lagu Kahwin | Lamar | Terabadi

Khamis, Oktober 31, 2019

What? Nak lagu kahwin? Inilah yang memancing perhatian saya ketika saya intai sekilas lalu e-mel-emel yang masuk ke dalam peti inbox. Seperti biasalah, akan ada e-mel daripada adik-adik yang meminta kord gitar untuk lagu tertentu. Yang mana saya dapat tunaikan, saya tunaikanlah. Yang tak dapat, maaf ye. Dalam banyak-banyak e-mel yang saya terima, ada satu yang bertajuk 'Nak Lagu Kahwin'. Out of curiosity, cepat-cepat saya klik untuk baca.

Rupa-rupanya si pengirim, adik yang seorang ini memang ada special request. Dia minta pendapat saya untuk beri saran lagu yang sesuai untuk didendangkan (sambil memetik gitar) pada majlis resepsi abangnya pertengahan November nanti. Tapi, adik ni tidak mahu lagu kahwin biasa. Dia tak nak yang klise. Nak yang something sweet, something magical. Hahahah betul kan saya kata yang ini special request 😉😉😉 Kira dia nak buat persembahan istimewa untuk hiburkan keluarga dan tetamu majlis itu nanti. Tiba-tiba kau upgrade akak jadi fairy godmother ye?

Lama juga saya berfikir nak cadangkan lagu apa? Time-time begini, satu lagu pun tak terlintas di kepala. Tengah menung-menung tu, Bott masuk bilik. Sempatlah saya tanya dia tentang the so-called 'lagu kahwin' ni. Laju je Bott jawab, bukan ada dua tiga lagu baru dalam playlist saya sekarang yang sesuai untuk buat 'lagu kahwin' ke?

Yelah! Memang ada! Nampak tak betapa makin tua ni sel-sel otak saya semakin tak berhubung. Lagu-lagu di bawah ini saya dengar almost every day! Saya nyanyi, saya hum, tapi tak register dalam kepala pun yang lagu-lagu tu berkisar tentang lamaran dan perkahwinan. OK, ini antara lagu yang saya rasa 'cocok' untuk tunaikan permintaan adik kita ni.

Lamar - The KadriJimmo feat Charly Van Houtten


Lagu ini memang pertama kali dengar terus saya suka. Pertama, sebab gubahan muziknya yang mengadunkan irama tradisional India, membuatkan lagu Lamar ini sedap didengar, segar dan catchy. Kedua, ada dua penyanyi kegemaran saya - Charly (dulu ST12, sekarang Setia Band) dan Jimmo.  Suara mereka 👍👍👍! Jimmo ni suatu masa dahulu popular dengan lagu duet bersama Melly Goeslow, 'Pujaanku' (OST Eiffel, I'm In Love). I love the song very much! Sampai sekarang 'Pujaanku' kekal dalam playlist saya. 

Berbalik kepada 'Lamar', lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seorang jejaka yang membawa hubungannya bersama sang kekasih ke satu fasa baharu dengan melamarnya sebagai isteri. Muzik video sepenuhnya dalam bentuk animasi, berlatar belakangkan masyarakat, suasana dan budaya India. Di bawah ini, sebahagian daripada lirik lagu 'Lamar'.

Aku panggil kamu kasih
Kamu panggil aku cinta
Kasih dan cinta selalu bersama
Membuat orang iri

Kini saat melamarmu
Aku ingin berjanji
Pahami diriku, diriku untukmu
Kau bagian dari hidupku

Ingin kau bertanya
Apa jawabku

Jika kau menjadi istriku
Aku akan jadi imammu
Tak terbatas dalam ruang waktu
Sampai nanti akhir hayatku

Kini kau akan menjadi istriku
Aku terus membimbing kamu
Terima kasih untuk cinta kita
Sampai nanti akhir hayatnya




Terabadi - Daniesh Suffian


Sebelum ini saya tidak kenal Daniesh Suffian. Yelah, artis baharu sekarang tumbuh bagai cendawan melata sesudah hujan dan kebanyakannya guna nama dua patah yang susah nak lekat dekat kepala saya hehehe. Macam mana nak keep track kan? However, this one managed to capture my attentionFirst time dengar lagu 'Terabadi', terus terpikat. Sedapnya suara! Tidak keterlaluanlah kalau nak kata Daniesh Suffian ni Afgan Malaysia. Tetapi, ini penilaian peribadi saya berdasarkan lagu ini sahajalah. Lagu Daniesh Suffian yang lain saya belum dengar lagi.


Sebahagian daripada lirik 'Terabadi':

Cukup di sini
Ku menanti dirimu
Akhirnya kau jadi milik ku

Cukup dirimu
Membawa ku ke dalam dunia
Hanya berdua

Hati ku tahu
Apa kau mahu
Katakan saja kau cintai ku

Kau selamanya
Terbaik hanya untuk ku
Ku relakan semua


Kalau ada masa, saya nak kalian cuba dengar juga. Klik pautan Youtube pada tajuk lagu di atas. Then, cuba decide. Jika diberi pilihan untuk dua lagu ini didendangkan/dimainkan pada majlis resepsi, kalian akan pilih yang mana? Lamar atau Terabadi?

5 ulasan

  1. Lamar catchy dan lebih sempoi.. manakala terabadi lebih mellow dengan perasaan.. Kalau Sha lebih prefer Lamar.. Majlis kahwin kan.. hehehe.. Kenalah yang happy-happy..

    BalasPadam
  2. Both lagu saya tak pernah dengar. Huhuhu. Dah tua ni kurang kenal lagu dan penyanyi2 baru

    BalasPadam
  3. okay baik. nak dengar jap lagi lagu ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.