Nasi Plonxbox Wawkawkaw Upah Buat Kerja

Ahad, September 19, 2021

Assalamualaikum. Selamat pagi Ahad! Sudah bersarapan ke belum tu? Saya baru lepas. Ini tengah duduk berehat sebentar. Bolehlah jenguk blog sekejap.

Semalam seharian saya habiskan masa di bilik kerja, sibuk tugasan terjemahan. Saya cakap pada Bott, tak perlu susah-susah masak. Ingat hendak pesan nasi ambeng sahaja daripada seorang penjual berhampiran rumah saya ini. 

Belum sempat buat pesanan, kawan saya yang sedang saya terjemahkan dokumennya telefon, minta Bott tunggu di depan pagar. Faham sangat dah perangai kawan saya yang seorang ini. Kerja belum habis semak, belum finalize dia dah transfer duit siap-siap. Kemudian, kalau guna khidmat saya buat tugasan terjemahan atau suntingan, lagi-lagi pada hujung minggu, mesti akan hantar macam-macam makanan untuk saya dan Bott. Senang, kami sudah tidak perlu fikir soal cari makanan katanya. 

Apabila saya keluar bilik, terbuntang juga biji mata. Bukan sekadar untuk makan tengah hari, siap ada untuk minum petang dan makan malam sekali! Rasa-rasanya dalam perjalanan ke rumah saya, asal ada kedai je dia berhenti beli. 😂

Dalam banyak-banyak, saya senyum lebar apabila tengok sebuah kotak empat segi. Nasi Plonxbox wawkawkaw! Lamanya tak makan! Nasi Plonxbox ni kira popularlah di Sungai Buloh dan kawasan-kawasan sekitar. Ada banyak pilihan. Selain ayam bakar, ada kambing bakar dan daging. Ikan pun ada tidak silap saya. 

Nasi Plonxbox Ayam saya. Sedia untuk dimakan :)
Set ini lebih kurang sama macam set nasi yang biasa kita jumpa. Ada kari, hirusan timun dan sambal. Mahal tang perapan yang digunakan. Benar-benar terasa perapan rempah ayam dan dagingnya. Lagi-lagi kalau pilih menu kambing bakar atau daging bakar. Siap ada sos istimewa sebagai sos cecah tambahan. Fuh, memang tak pandang kiri kanan dah sewaktu makan! Oh, ada servis penghantaran untuk kawasan dalam radius 25 km. Apa-apa, cari Facebook merekalah ya.

Untuk minum petang pula, kami enjoy makan sata dan apam balik. 

Sedap dan cukup rasa satanya. Apam balik pun sama. Selain apam kecil yang rangup, ada juga apam balik biasa yang tebal. Itu Bott simpan untuk hari-hari lain. Alhamdulillah, apa yang kami terima, lebih daripada cukup untuk tidak pening kepala fikir tentang makan dua tiga hari. 

Okey, waktu untuk sambung kerja! Jumpa lagi nanti. Enjoy the rest of your weekend!

14 ulasan

  1. Alhamdulillah.. Nampak sedap nasi tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Naniey. Memang sedap. Kenalah dengan selera saya.

      Padam
  2. sy xbreakfast lg kak.. pg2 dh ngadap laptop..
    smbil buat keje smbil bw.. update entry seketul.. hihi

    alhamdulillah rezeki.. dpt mknan..
    kenyang perot 1 ari.. hihi
    1st time dgr psl ns plonxbox ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang... semangat buat kerja tau ada macam-macam menunggu untuk dimakan 🤣
      Jangan lupa sarapan, ezy. Selamat menyudahkan kerja ya.

      Padam
  3. Alhamdulillah..rezeki dapat macam-macam makanan sedap menu sampai petang tu.. Nasi Plonxbox Ayam tu nampak sedap betul.

    BalasPadam
  4. Sedapnya sata dengan apam balik mini yang rangup tu. Rasa nak selit makan sekali....yummy!

    BalasPadam
  5. Uniknya nama nasi tu hahahaa..nampak sedap!

    BalasPadam
  6. Antara kuih kegemaran Etuza..kedapatan suka makan kuih tu

    BalasPadam
  7. wah bestnya. kalau lepak rumah adik kat Sg Buloh nak try. bagus kawan kak Farrah. Bukan jenis yang kalau dengan member, mintak diskaun.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, rezeki...bestnya dpt kawan @ klien mcm ni..

    BalasPadam
  9. sedapnya sataaaaaaaaaaaaaaa nak jugakkkkkk

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.