Dalam banyak-banyak kuih tradisional, kuih inilah yang miliki paling banyak nama! Onde-onde dan buah Melaka boleh dikira panggilan biasa untuk kuih daripada tepung pulut bersalut kelapa parut ini. Selain itu, ada yang panggil kelepung atau kelepon. Tidak silap saya orang Johor. Lebih kurang sama seperti di Indonesia.
Jika di belah Pantai Timur pula, kuih ini dipanggil kekoh char atau woh mulong (buah mulong).
Tidak kiralah apapun namanya, kuih ini memang kesukaan ramai. Kalau masa bulan Ramadan, memang paling laris sebagai juadah pemanis mulut/pembuka selera ketika berbuka puasa.
Part yang paling saya suka - gigit onde-onde dan ada rembesan manis meletus dalam mulut. 🤤 Gabungan rasa lemak manis doh yang lembut-lebut kenyal dengan air gula (gula nisan atau gula Melaka) memang nikmat betul! Tapi, ada juga yang dah kunyah lumat pun tak muncul-muncul gulanya. Onde-onde kosong. Anggap jelah tak ada rezeki, kan? 🤣
Onde-onde saya 😊 |
Resepi Onde-onde Lembut dan Gebu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 500g tepung pulut
- 125g tepung gandum
- Jus daun pandan. Ambil daun pandan dan kisar untuk dapatkan jus dan warna hijau yang cantik. Jika tiada daun pandan, boleh guna pewarna hijau atau kuning sebagai alternatif.
- Gula Melaka atau gula nisan (gula kerek). Potong atau pecahkan dengan pisau agar jadi cebisan-cebisan kecil. Sekarang ini, ada juga gula Melaka yang dijual dalam bentuk kiub kecil. Guna yang itu lagi senang. Satu kiub kecil untuk satu onde-onde.
- Kelapa parut secukupnya. Sepatutnya, saya ambil kelapa parut yang putih sahaja. Tetapi, adik kedai runcit tu pergi campur sekali dengan kelapa parut yang dah dekat-dekat kulit. Jadilah. Asalkan, kuih yang dah masak dapat disalut dengan kelapa parut semewahnya. Jangan lupa gaulkan dengan sedikit garam dan kukus supaya kelapanya tidak cepat rosak. Semasa kukus kelapa parut tu, bolehlah letak daun pandan sekali biar lebih wangi.
- Sedikit air (jika perlu) untuk tambah pada adunan jika jus pandan tidak mencukupi.
Cara-cara Penyediaan:
- Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekit di tangan dan boleh digentel.
- Ambil sedikit adunan dan leperkan. Masukkan cebisan gula nisan atau gula Melaka di tengah-tengahnya dan tutup semula. Bulat-bulatkan.
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola pulut yang telah siap digentel. Tunggu hingga bebola timbul di permukaan air. Angkat dan tuskan sebentar.
- Golekkan kuih di atas kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
kuih kesukaan ramai ni tak kira masa.
BalasPadamdulu bln puasa je nk dpt arwah mak buat.
ktorg panggil buah mulong tp intinya mesti kelapa gula merah.
duk kl baru panggil buah melaka sbnya intinya gula melaka he hww
Sedapnya kalau dapat buah melaka yang saiz kecil comel. Sebiji demi sebiji hilang dalam mulut.
BalasPadamSedap ni makan hangat²..
BalasPadamCantik onde-ondenya..haha..kalau buat sendiri bolehlah adjust isi gula melaka tu kan
BalasPadamlamanya tak buat kuih ni. ya, saya pun akan campur tepung gandum sikit. gula takde tu anggaplah tukang masak tu dah penat menggentel, lupa letak
BalasPadambanyak jugak ek nama dia. Dulu masa kecik rajin betul mak buat sebab buka puasa dekat kampung, saudara mara selalu datang
BalasPadamSedap ni . Dah lama tak buat buah melaka
BalasPadamBuat sendiri juga yang puas hati.. Bila beli mesti tak mencapai piawaian.. Dah lah kuih makin mahal sekarang nie.. huhuhu..
BalasPadam