Doa Menghilangkan Tekanan

Khamis, Januari 12, 2023

Saya ingin kongsi satu potong doa mudah untuk menghilangkan stress.


Doa untuk hilangkan tekanan atau stress

Dalam hidup kita sehari-hari, kita memang tidak akan dapat elak daripada masalah, kesulitan dan dugaan yang buat kita tertekan. Bacalah doa di atas ini. Selain berkongsi dengan kalian, entri doa ini lebih kepada peringatan buat diri saya supaya jangan cepat kusut. Allah ada. 😁


Selain itu, amalkan sekali perkara-perkara di bawah:

  1. Baca Surah al-Insyirah sebagai salah satu bacaan selepas solat. Selain itu, amalkan baca surah ini banyak-banyak kali supaya dengan izin Allah, hati kita akan tenang ... fikiran akan lapang dan semua urusan kita, baik urusan dunia mahupun akhirat akan dipermudah Allah.
  2. Zikirkan 'Hasbunallahu wanik'mal wakil'. 

Ertinya: Cukuplah Allah sebagai pelindung kami. [Surah Ali-Imran, Ayat 173]


Insya-Allah, kita akan lebih tenang, tidak lagi berasa terhimpit atau tertekan. Jom sama-sama kita amalkan hidup bebas tekanan.



10 ulasan

  1. terima kasih kak sebab share....masalah memang sentiasa ada, tapi tetap ingat Allah sentiasa bersama.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Apa yg penting, kita kena pandai handle stress kita 🥰

      Padam
  2. surah al-insyirah tu kerap aida amalkan sejak tahu hikmah surah tu.
    bekerja. anak-anak. rumahtangga. tekanan tu tiap hari ada :)
    pada Allah la kita berserah, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak kebaikannya, kan. Sangat baik diamalkan sehari-hari.

      Padam
  3. Balasan
    1. cuti CNY sy penuh tekanan... letih dibuatnya...

      Padam
    2. Samalah kita. Moga-moga by this time Anies dah kembali tenang. Jangan stress lama-lama tau!

      Padam
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih Kak Farah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.