Selasa, Februari 28, 2023

Kejutan Hadiah Digital daripada Cuya

Assalamualaikum. Apa khabar, semua? Haish, saya ni sekejap tenggelam sekejap timbul. Sekejap hilang sekejap muncul di blog ni. Dah jadi macam hobi pula. Entah bilalah dapat konsisten menulis blog… 😂

Entri bersihkan sawang blog hari ini merupakan entri penghargaan untuk adinda Cuya, pemilik blog Drawing The Words

Awal bulan hari tu, Cuya ada hubungi saya bertanya sama ada saya sudi atau tidak terima lukisan digital daripadanya. Of course! Tentu-tentulah saya sudi. Pucuk dicita ulam mendatang gitu. Tidak silap saya, tahun lepas ada sertai giveaway Cuya, tetapi tiada rezeki terpilih sebagai pemenang. Tak sangka ada rezeki terima kejutan lukisan digital daripada Cuya.

Siapa-siapa yang kenal Cuya, tentu dah biasa dengan hasil kerja kreatifnya.

Inilah lukisan digital yang saya terima 🥰. Dengan hidung kembang, saya anggap ini hadiah hari lahir pertama untuk saya tahun ini. 🤣

Lukisan digital Cuya
Terima kasih banyak-banyak, Cuya. Akak is so happy! 😃 Tersengih-sengih sepanjang hari. I really appreciate this. Moga Allah sentiasa lindungi Cuya dan limpahi Cuya dengan rezeki berlipat ganda.

Kalau nak tahu, sekejap sahaja masa yang diambil oleh Cuya untuk siapkan lukisan digital ni. Baru je bagi gambar, tahu-tahu tidak lama selepas tu Cuya Whatsapp, hantar gambar yang telah siap. Teruskan dengan hasil seni kreatifmu, dik!

Okey, jom! Saya nak ajak kalian ramai-ramai serbu blog Cuya.

3 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.