Makanan Arab untuk Berbuka Puasa

Khamis, Mac 30, 2023

Hujung minggu yang lalu saya terima panggilan daripada salah seorang ibu bekas anak murid tuisyen saya. Katanya mahu alamat kediaman baharu, ingin hantar juadah berbuka untuk saya dan Bott. Dia tetap berkeras walaupun saya cakap tidak perlu susah-susah. Ibu ini dan anaknya memang niat nak belanja saya kerana si anak berjaya menyambung pelajaran peringkat menengah di salah sebuah MRSM di Perak.

Petang tu, masa adik rider Grab datang, terkejut juga saya tengok kuantiti makanan yang dibawa. Bukan untuk dua orang makan. Ini lima enam orang boleh kenyang ni!

Saya dibelanja juadah makanan Arab. Bukan satu, bukan dua… tetapi tiga juadah. Masa buka bekas-bekas makanan ni, semerbak bau satu rumah. Terus mata kerling jam tak sabar nak berbuka 🤣.


Nasi Arab Mandy Ayam

Sejujurnya, saya tidak tahu makanan Arab ini dibeli dari restoran Arab yang mana atau mungkin ditempah dari penjual/caterer. Apa yang saya tahu, tempat jual makanan Arab ini tidak berada dalam range kawasan saya kerana makanan-makanan ini perlu dihantar ke rumah anak murid saya terlebih dahulu. Setelah itu, barulah mereka aturkan Grab untuk hantar ke kediaman saya. Jadi, saya kurang pasti nama yang tepat untuk setiap menu di bawah. 

This one, Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Ayam Mandy

Bayangkanlah, makanan ini sampai kepada saya dalam keadaan masih panas. Telan air liur dibuatnya.

Kabsah Kambing

Seterusnya, ada kambing! Nasi Arab Kambing Kabsah. Tengok jam lagi sekali 🤣. Bott baru je sebut teringin nak makan nasi Arab Chef Ammar… ada rezeki nikmati Nasi Arab Kabsah meskipun bukan Chef Ammar punya.

Nasi Arab Kabsah Kambing

Set Kebab    

Roti dan kebab

Ini pula set roti dan kebabnya. Ada shawarma, kentang goreng dan tiga jenis daging. Set ni turut ada salad, sos tartar dan hummus.

Alhamdulillah, sakan kami berdua makan! Sedap-sedap semuanya. Masih banyak berbaki selepas berbuka puasa, kami jadikan juadah untuk sahur pula.

Terima kasih, Puan Dee sudi belanja saya, kongsi rezeki Ramadan dengan kami berdua. Saya amat hargainya. Moga puan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, dilancarkan segala urusan dunia akhirat.

Ada antara kalian yang gemar makanan Arab? Menu apa yanf kalian suka?

4 ulasan

  1. sukaaaaa nasi mandy! mkn sikit pun dah kenyang. lauk simple tp menyelerakan👍👍

    BalasPadam
  2. fuhhh TERsinggah sini di kala 12.05 tgh hari di Ramadhonnnnnn adehhh ngencesssss meleleh air lior ! kabsah kambinggggggg T____T

    BalasPadam
  3. Sha suka nasi ayam mandy.. hehehe.. Alhamdulillah.. Rezeki di bulan Ramadan..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.