Selasa, Mei 23, 2023

Bermalam di One World Hotel, Petaling Jaya

Sebelum ini, saya tidak pernah menginap di One World Hotel. Makan di sana, ya, pernah sekali dua. Bermalam, tidak. Jadi, apabila kebetulan ada urusan di kawasan sekitar yang memerlukan saya bermalam di luar, maka merasalah menginap di hotel ini.

Tiada gambar di lobi. Semasa checked in, saya kekenyangan kerana baru lepas makan. Jadi, mata dah berat memang ingat katil sahaja. Konon nak bobok sekejap, recharge tenaga untuk urusan sebelah malam.

Kawasan lif untuk ke bilik.

Disinari lampu yang indah bergemerlapan. Terpana sebentar di sini sebab efek cahayanya cantik.

Ada penampakan lembaga 🤣

Ini pula laluan menuju ke bilik. Bilik saya pada masa itu di tingkat 10, bilik paling hujung. Dapatlah exercise, tambah tapak ringankan perut. 😂

Pada asalnya, tempah bilik biasa sahaja. Tetapi, dapat rezeki upgrade ke Junior Suite. Alhamdulillah, dapat bilik yang luas dan lebih besar. 

Ini living hall area. Seperti biasa, beg saya wajib posing dahulu hahahah. 😁

The living hall

Ruang bersantai saya. Sofa tu jadi tempat lepak saya sepanjang menginap di sini. Happy je tengok TV. Banyak betul filem dan pilihan rangkaian untuk ditonton.


Geng saya di living hall. Skrin 50" rasanya.


Ini pula ruang kerja. Ada meja yang agak spacious, siap dengan lampu kerja dan kerusi yang selesa.

Meja kerja dengan dua paintings bunga yang cantik.


Nah, saya kongsikan gambar bilik secara keseluruhan! Kredit gambar milik One World Hotel. Nak harapkan gambar-gambar saya, semua bajet 'duniaku tak cukup cahaya'. Lagipun, jika saya hendak ambil gambar dari sudut ini, mungkin saya kena panjat atau berdiri di atas sofa. 😂 Laluan untuk ke bilik tidur di tepi ruang kerja tu.

Living hall, Junior Suite

Okey, ini pula bilik tidur. Katil bersaiz king. Ada armchair, bedside lamps dan televisyen.

Bilik beradu

Room Amenities




Teh dan kopi untuk panaskan badan. Walaupun tiada mesin kopi, tetap woww sebab ada Pringles dan coklat kegemaran saya. Senyum lebar sampai ke telinga dibuatnya.

Benns High Cacao Dark Chocolate

Bagi penggemar coklat gelap, Benns High Cacao Dark Chocolate ni memang sedap! Tetapi, tidak boleh beli selalu. Jika tidak, kerja saya mengulang coklat ini sahaja. Siapa-siapa yang hendak berdiet atau tengah kawal paras gula dan ingin lepaskan craving makan benda manis, dark chocolate seperti ini wajar jadi pilihan kalian. 

Selain kemudahan untuk bancuh minuman panas, bar mini turut disediakan. Dapat empat botol air mineral dan beberapa air tin di dalam bar mini as complementary drinks. Yeayyy!

Okey, cerita pasal bilik air pula. 

Ada tab mandi, ada shower 🚿 


Ini set toiletries yang disediakan - syampu, losyen, mouthwash, face mask, sanitizer, berus gigi semua tulah.

Set toiletries yang disediakan

Selain itu, macam biasalah ada bathrobes and slippers, hair dryer, iron + ironing board, personal safe, alat penimbang berat badan, free WiFi dan yang paling saya suka ialah…

Set alat tulis yang disediakan.

Hantu kertas dan kaki jurnal macam saya ni memang akan jadi super excited apabila dapat stationery set begini. 

Nice 😍

Lukisan Bunga yang Cantik-cantik

Seperkara lagi yang saya suka ialah lukisan-lukisan cantik yang menghiasi dinding bilik. 

Bunga-bunga 


… dan bunga lagi 🥰

Tenang je hati apabila tengok lukisan-lukisan ni. 

Alhamdulillah, I enjoyed my stay there. Bilik luas, bersih dan selesa. Bosan duduk bilik, turun pergi One Utama. Jalan-jalan, pusing-pusing tengok kedai apa yang ada. Penat menapak, naik bilik rehat. Kemudian, ulang! 😂

7 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.