Assalamualaikum. Apa khabar kalian semua? Moga sihat dan baik-baik sahaja. Saya kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang.
Hari ini genap 21 hari ibu saya (yang saya panggil Bon atau Cekebon) kembali menemui Sang Pencipta. 11 Mei 2023, telah sampai janji ibu dengan Tuhan untuk berpindah ke alam seterusnya. Al-Fatihah buat ibu.
Al-Fatihah Rosnidar Binti Ali 7 Mei 1957 - 11 Mei 2023 |
Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada sanak saudara jauh, kenalan dan sahabat handai yang terlewat menerima berita pemergian Bon. Dalam pada kami tiga beradik cuba sedaya upaya untuk menyampaikan berita ini, mungkin kami ada terlepas pandang.
Buat kalian semua, (termasuk teman-teman blogger yang mengenali Cekebon), andai ada salah silap dan kekurangan Cekebon pada kalian, mohon dimaafkan. Mohon dihalalkan makan minum ketika hayatnya dan andai Cekebon ada berhutang apa-apa, hubungilah kami waris-warisnya agar dapat kami selesaikan apa yang tertunggak.
Terima kasih kepada keluarga mentua adik lelaki saya, Aunty Chah, Dhila, Aqib, Nazira dan kerabat TTDI yang membantu kami, berada di sisi kami sewaktu Cekebon kritikal, menolong menguruskan prosedur membawa Cekebon pulang berehat di rumah sehinggalah semua urusan pengebumian Cekebon selesai. Keluarga kecil kami semerta bertukar menjadi keluarga besar dengan adanya kalian.
Terima kasih kerana menguruskan banyak perkara dan memberi ruang buat kami tiga beradik untuk bersama Cekebon pada saat-saat akhir hayatnya. Alhamdulillah, Cekebon menghembuskan nafas terakhir di kelilingi bukan sahaja tiga anak dan menantu, malah insan-insan yang menyayanginya, yang sudah dianggap sebagai keluarga.
Mengiringi perjalanan Bon ke tempat istirahat sementara. |
Terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan sahabat handai dari Kuang, Sungai Buloh dan Singapura, dari jauh dan dekat yang datang menziarahi Bon, memperuntukkan masa untuk mengiringi arwah sehingga ke pusara. Terima kasih atas sumbangan yang dihulur. Insya-Allah, akan diuruskan sebaiknya dan lebihannya akan kami manfaatkan ke jalan kebaikan.
Terima kasih kerana sudi bertanyakan khabar kami adik-beradik. Terima kasih kerana dalam keadaan yang sulit itu, ramai yang mengambil berat bertanyakan sama ada kami okey ataupun tidak.
Terima kasih atas kasih sayang kalian. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.
Meskipun Cekebon sudah berpindah ke balik papan, insya-Allah, saya dan adik-adik akan cuba pastikan hubungan silaturahim antara kita terus berkekalan.
salam takziah...alfatihah utk arwah ibu farrah
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak, Mama Tisya 🥰
Padamtakziah dear.. al fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin..
BalasPadambe strong key. .."kesayangan kita biar Allah yang jagakan"
Aamiin aamiin YRA. Terima kasih banyak-banyak, Ayu. Thanks for your kind words too. Insya-Allah, akan cuba utk terus kuat 💪🏼😘
PadamInnalillahhiwainnailaihirojiun....Al-Fatihah (telah dibaca) buat arwah bonda Famf dan jugak salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak, Mrs. A.
Padamsalam takziah buat farrah sekeluarga... innalillahiwainna ilahi raajiun...
BalasPadammasa farrah mesej sy tu smpi arwah meninggal, arwah mmg duduk di hospital je laa ya?
Terima kasih banyak-banyak, Anies. Ya, dari sebelum puasakami ulang-alik hospital sebab arwah dirawat di sana. Hari terakhir arwah, adik usahakan bawa arwah pulang kerana nak tunaikan hasratnya balik berehat di rumah.
PadamSalam takziah Farrah..semoga roh arwah Bonda ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..aamiin Ya Robbal alamin..
BalasPadamAamiin aamiin. Terima kasih atas doanya, Sis Nohas.
Padamsalam takziah farah... br tau berita duka ni... al-fatihah utk arwah ibu farah
BalasPadamSalam takziah Kak Farah.. Semoga akak dan keluarga diberikan ketabaan dna kekuatan dalam melalui ujian kehilangan ini.. Sha doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin.. Aamiin..
BalasPadam