Sertai Pop-Up Market di KWSP

Khamis, Ogos 29, 2024

Hari ini bersiaran dari Menara KWSP, Kwasa Damansara. Saya menyibuk temankan Bott sertai pop-up market anjuran Puspanita KWSP. Acara ini berlangsung dari 26 - 29 Ogos. Kami berniaga dua hari sahaja semalam dan hari ini.


Pop-up Market Puspanita KWSP

Bott jual barang-barang kraf jahitannya. Ada getah rambut (scrunchies), book cover, knot bag dan cup holder or carrier

Ini booth Bott. Betul-betul di pintu keluar masuk pekerja menuju ke kafe.


Booth kami 😊

Antara produk yang laku keras ialah knot bag dan cup holder. Kembang-kempis hidung kami berdua apabila nampak staff KWSP menggayakan knot bag dan pakai cup holder yang dibeli. 😆


Ini pula bahagian saya menempel letak barang jualan saya.


Bahagian saya ada wristlet key chains, penanda buku reben elastik dan penanda buku bermanik, landyards juga material untuk jurnal.

Sebenarnya, kami tidak rancang pun untuk sertai pop-up market kali ini kerana kami baru sahaja joined pada 1 - 2 Ogos. Semasa terima hebahan mengenai acara kali ini, saya dan Bott gatal-gatal je isi borang. Tak berharap pun sebab tempat niaga terhad dan semakin ramai peniaga yang berminat untuk buka booth di sana. Macam kena battle juga la untuk dapatkan tempat.

Tahu-tahu kami terpilih juga untuk sesi jualan kali ini. Kami pun angkut jelah apa barang yang ada untuk dijual. Alhamdulillah, jualan hari pertama okey. Harap-harap hari ni pun okey juga. 




6 ulasan

  1. Nice..Sy suka niaga booth gini =D

    BalasPadam
  2. alaa knape x smpi sabtu? kalau x sabtu pun sy dtg

    BalasPadam
  3. nnt kalau join event cm ni inform sy tau. ada ms nnt sy dtg support

    BalasPadam
  4. Aahhh, kalo saja saya di sana, dah datang juga nak beli2 di booth kakak 😄. Sukaaa kalo ada event seperti ini. Bisa kalap membeli 🤭😍

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.