Itik Berenang Pulang pada Senja
Rabu, Oktober 07, 2020
Assalamu'alaikum. Saya sedang kemas kini folder gambar di telefon dan komputer riba. Terjumpa kembali gambar ini. Tidak silap saya, ini gambar lebih kurang tiga tahun lepas. Tahun itu, saya masih ambil students sekolah menengah di kelas tuisyen saya.
Kes itik berenang pulang pada senja ini berlaku semasa sesi ulang kaji menjelang peperiksaan dengan para pelajar. Kami buat latihan peribahasa bergambar. Sebenarnya, soalan peribahasa bentuk ini sangat mudah. Kita akan diberi bayangan melalui gambar. Bukan tanya maksud, bukan suruh buat ayat. Tetapi, hendak tidak hendak kenalah tahu peribahasa yang asas. Jika tidak, jenuh hendak meneka. Waktu-waktu beginilah akan ada sebahagian daripada anak didik saya yang mula mengarang tajuk novel atau drama Akasia dan Samarinda.
Saya letakkan syarat, fikir betul-betul sebelum jawab! Jangan serampangan sahaja main teka-teka. Try recall peribahasa yang telah dipelajari sebelum ini. Cuba jawab semua. Tengok gambar dan relate dengan peribahasa yang bersesuaian.
😆😝😁
Jawaban yang tepat ialah bagai/ibarat itik pulang petang. Maksudnya, seseorang yang berjalan lambat.
Hahahah ini kira dapat markah untuk mencubalah. Mungkin disebabkan gambar tu agak gelap, daripada ‘petang’ terus diletaknya ‘senja’.
Susah payah itik tu berenang pulang pada waktu senja! Lepas ni cikgu kena lebih gigih lagi 'implan' peribahasa-peribahasa dalam fikiran kalian.