Ops Buntal Sirotan | Ceketed

Selasa, Mei 10, 2016

[Scheduled Post] Tuan Tower tak ada buat sementara waktu.

Assalamu'alaikum,

Operasi Buntal ni saya buat bulan lepas. Buntalkan apa? Buntalkan dua objek dalam gambar. Yang berwarna koko tu namanya Ceketed. Hadiah hari lahir tahun lepas daripada Dr. Shikin. Boleh baca mengenainya di sini. Nama Ceketed tu pula SS yang beri. Asalnya saya buat Jom Cuba Nasib - Teman Baru untuk beri nama pada bebear tu dan SS telah berjaya beri nama yang paling kena dengan jiwa saya hehehe

Yang di bawah Ceketed tu pula namanya Sirotan. Baby seal ini memang glamour di Jepun. Kalau rajin, google lah ye. Masalahnya kedua-dua objek comel di bawah dah kempis, dah hilang gebu, montok dan montelnya. Mana tak,... setiap kali ada ahli keluarga yang datang lepak di bilik kraf, Ceketed dan Sirotan jadi bantal mereka. Ceketed dibuat bantal kepala, Sirotan jadi bantal peluk.

Sirotan saya pakai baju ikan pari. Bajunya asyik terlucut je dek kerana body Sirotan dah kurus. Nanti tiap kali Cekebon nampak Sirotan togel, dia akan cakap,"Dah elok-elok ibu bagi berbaju, mana akak campak baju dia?" Every single time.

Jawapan Jom Cuba Nasib - DIY Apa?

Isnin, Mei 09, 2016


Assalamu'alaikum,
Sedar tak sedar hari ini dah 9 Mei. Kita dah lalui hampir 1/3 bulan Mei. Alhamdulillah, saya boleh tarik nafas lega sekejap sebab kebanyakan kerja-kerja saya dah siap. Sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila pun dah selesai. Details berkenaan ini saya cerita lain kali ye. Cuma tinggal beberapa tuntutan tugas yang perlu dilangsaikan selewat-lewatnya hujung minggu ni.

So, I'll be away. Buat kesekian kalinya. Saya mengejar deadline jadi tak boleh curi masa intai blog. Sementara saya tiada, seperti biasa buat macam tower sendiri. Entri-entri yang bakal menyusul (jika ada), semuanya scheduled & auto-published.

Ok, back to the topic. Hujung bulan lepas saya suka-suka minta kalian teka apa yang saya nak buat dengan barang-barang di bawah ini. Boleh baca entrinya di sini.


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Akhiri Penantianku - Alif Satar (Easy Chords)



(Intro)
G D Em C D

G D Em
Resah hatiku terlalunya dalam
C D G
Fikirkan kamu setiap waktuku
D Em
Tenang jiwaku bila kau di sisi
C D G D
Dalam dakapanmu buatku mati

Em C D

(Chorus)
C D G
Jauh ku menunggu
Em
Biar ketahuanmu
D
Di sini ku merindu
C D G
Jauh ku berharap
Em
Kembali kau padaku
D G
Akhiri penantianku

G D Em
Tak mampunya aku bila kau tiada
C D G
Gelap hariku sepi hidupku
G D Em
Lemah langkahku mendengar suaramu
C D G D
Laju jantungku bila menyentuhmu



Kopi Tetamu Hebat April FAMF Tower

Sabtu, Mei 07, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ini baru sempat buat entri rasmi. Biji kopi dah kisar,...so, without further ado, inilah Tetamu-tetamu Hebat menara saya, dipersembahkan pada kalian dalam bentuk secangkir kopi :)

Sumber Imej