Thumbprint Animals - Aktiviti untuk Anak-anak
Ahad, Februari 12, 2017
Bulan lepas, saya buat aktiviti thumbprint animals dengan si cilik tahun satu. Tajuk awal untuk English lessons mereka berkaitan dengan bunyi termasuklah bunyi-bunyi haiwan. Jadi, sambil-sambil belajar bunyi haiwan, kita lukis haiwan dengan cap jari.
Untuk aktiviti ini, perlu sediakan:
- Ink/Dakwat untuk buat thumb/finger prints - boleh cari di kedai buku dan alat tulis seperti POPULAR atau kedai yang menjual peralatan kraf.
- Wet tissue - untuk bersihkan jari apabila nak tukar-tukar warna ink dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak bertepek di tempat yang tidak sepatutnya 😃
Salah satu daripada hasil si cilik saya.