Chanel Theme Birthday Party
Isnin, Februari 20, 2017
Sabtu lepas, saya dan keluarga pergi makan-makan sempena birthday saya. Keluarga kami ni kecil je. Jenis susah nak cukup korum pulak tu. Ada orang ni, orang tu tak da. Yang ni available, yang itu pula outstation. Jadi, bila ada occasion sebeginilah, kami berpeluang berkumpul bersama.
Plus, birthday saya ni dikira sebagai celebration pertama untuk setiap tahun. So, semua akan super duper excited. Saya? Lagilah berlipat ganda excitednya. The initial plan was just to go and have a decent meal at Penang Village, Great Eastern Mall.
but,..my ebullient sister-in-law, Dhila managed to do these! All these!
Chanel Theme Birthday Party
Mula-mula saya kena tunggu kat luar sebab masa saya sampai, mereka tak habis set up tempat lagi. Terharu tengok adik-adik keluar masuk kedai, turun naik tangga dan escalator sebab mengangkut birthday stuff saya.
Masuk-masuk je,...wahhhhhhhhh!
Decorations di entrance, sebelum masuk ke tempat makan. Yang berbelon-belon tu tempat kami menjamu selera :) |