Apam Gebu Tak Cukup Satu

Sabtu, Disember 11, 2021

Sebelum ini saya pernah kongsi resepi Apam Bakar Kelantan. Memang sedap apam tersebut tetapi ada sesetengah orang kurang gemar kerana terganggu dengan rasa halia dan lada hitam. Jadi, hari ini saya kongsikan satu lagi versi resepi apam bakar yang lebih ringkas tetapi tetap enak, gebu dan lembut teksturnya.


Begini Cara Menyediakan Apam Tepung Gandum yang Gebu

Jika apam bakar Kelantan menggunakan tepung beras dan pisang sebagai asas dohnya, apam gebu ini menggunakan tepung gandum sahaja. Tidak perlu masukkan pisang.


Apam bakar gebu sedia untuk dinikmati.

Ikan Duyung untuk Jurnal 2022

Jumaat, Disember 10, 2021

Assalamualaikum.

Petang ini bersiaran dari bilik kraf. Sibuk kemas barang yang bersepah dan tunggang-langgang. Dah tenang, kemaskan hiasan-hiasan yang saya buat untuk jurnal dan planner pula. Kan dah nak masuk 2022, teruja lebih sedikitlah nak mencantikkan jurnal dan planner baharu nanti. 

Ikan duyung comel berambut biru yang tak berapa seksi ini pernah saya kongsikan dalam salah satu entri Wordless Wednesday beberapa minggu lalu.

Be Bold | Be Brave | Be Brilliant

Bismillah untuk Jumaat yang Indah

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat! Bagi yang bercuti hari ini selamat beristirahat. Buat yang bekerja, selamat menyempurnakan tugasan harian. Langsaikan apa yang perlu supaya kita boleh bersantai dengan tenang pada hujung minggu.

Jom! Bismillahirrahmanirrahim.


Doa Memulakan Kerja

Baca juga untaian ayat ini,  mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada sebarang kemudaratan. Moga langkah dan tindak-tanduk kita juga ringan untuk melunaskan tanggungjawab kerana Allah.


Terjemahan ayat: 


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui.


(Hadis Riwayat At- Tarmidzi)



Jom kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jangan lupa baca surah-surah yang elok diamalkan pada Penghulu Hari terutamanya al-Kahfi.

Sudah bersarapan atau belum? Sarapan apa pagi ini? Saya tengah kembangkan yis. Hendak buat cakoi. 

Jumpa lagi nanti. Jaga diri. Semoga hari kalian bakal berlangsung dengan baik. 

My Best Proofreading

Khamis, Disember 09, 2021

Assalamualaikum.

Terjumpa benda ni. Terkekeh-kekeh saya seorang diri pagi-pagi buta tadi sebab rasa memang kena setepek dekat batang hidung.


I do my best proofreading after I hit send.
Saya membaca pruf hanya setelah menekan butang hantar.