Assalamualaikum.
Terjumpa benda ni. Terkekeh-kekeh saya seorang diri pagi-pagi buta tadi sebab rasa memang kena setepek dekat batang hidung.
I do my best proofreading after I hit send.
Saya membaca pruf hanya setelah menekan butang hantar.
Betul sangat-sangat! Selalu berlaku waktu blogwalking dan tinggalkan komen di blog yang saya kunjungi. Rasanya sudah taip dengan betul. Alih-alih ada juga kesalahan. Kesalahan yang saya akan sedar (tidak kiralah sama ada kesilapan ejaan, perkataan tertinggal atau kesalahan lain) hanya setelah tekan butang 'Send'. Butang 'Publish'. Masa tulah baru Oops! Tersalah sudah!
‘Jadi' jadi 'Jafi'. 'Makan' jadi 'Majan'. Belum campur saya sendiri keliru dengan apa yang ditulis kerana ada perkataan bertindan atau tertinggal. Apabila dah perasan tu, terhegeh-hegehlah taip komen susulan konon-kononnya edit balik untuk betulkan.
Bukan apa, kalau salah ejaan biasa yang masih boleh diagak dan difahami tu tiada masalah. Tetapi, dibuatnya perkataan yang tersalah taip bawa maksud lain … tidak pun penggunaan tanda baca yang tidak sesuai sampai orang yang baca salah tafsir ‘nada’ ayat kita … susah juga. Dapat si empunya blog jenis particular tentang benda ni, tak ke naya.
Tahun ni punya kes ... saya tinggal komen di satu blog. Disebabkan namanya panjang dan dia biasa guna akronim dalam blog untuk bahasakan diri, saya pun ikutlah. Masalahnya, akronimnya STV (bukan akronim sebenar ya), saya salah tulis STU ke apa tah. Sesudah tekan butang terbitkan komen baru mata ni nampak kesalahannya.
Berusaha saya pergi tulis komen susulan minta maaf salah taip. Tahu-tahu dia e-mel saya maklumkan komen-komen saya telah dipadam. “I don’t appreciate people make fun of my name. Nampak sangat sis tak bersungguh baca entri saya.” Sampai ke sudah adik tu menyepi tak datang blog ni lagi hahahah. Sorry! Akak tak sengaja. In my defense, akronim yang digunakan tu unik sangat … otak tak unik akak terkeliru 🤪 Plus, I do my best proofreading after I hit send.
All the best menang GA
Selain itu, saya pernah blogwalking ke dua blog serentak. Satu entri menang GA manakala satu lagi entri orang masuk GA. Dapat agak tak apa berlaku?
Hahaha. Dekat entri yang menang GA tu saya tulis ‘All the best’. Apa hal orang dah menang GA pergi ucap all the best?
Jadi, andai saya ada terbuat onar, salah bual, salah taip atau komen… tidak kiralah pada masa lalu atau akan datang … maafkan saya tau. Memang tak berniat sama sekali. I do my best proofreading after I hit send. 🤗 Lepas ni insya-Allah akan lebih berhati-hati.
Selamat menikmati hari. Moga hari kalian menyenangkan.
hahahah..
BalasPadamammi pernah buat surat kat office ni pastu instead of ammi tulis SILA... ammi tulis SIAL.
Boss siap cakap .."i know u don't like to deal with govt office..but pls dont curse them" hahahah
hahaha. bahaya tu kak. sape adik blogger garang tu?
BalasPadamhahahahaa... ok part yg adik tu email mention dia delete komen2 n ckp kita x appreciate nama dia.. be like ermmm....!! for me, tak perlu nak sentap ke hape... dunia blogging ni mcm2 bole jadi. tak perlu nak jadikan ia nya sesuatu yg serious... it just a name not a big deal pun... tp tu la dalam dunia blogging, mende kecil pun org nk besar2 kan.. opsss... jgn plak ada yg terasa kan!! just have fun while ure blogging :)
BalasPadamha ha ha..typo tu biasa la, understand sgt ...tapi yg bawa maksud lain tu ops sgt la kan...
BalasPadamTo err is human :P
BalasPadamBetul . Kadang2 byk juga yg tertypo tanpa sengaja
BalasPadamSelalu jadi kat diri sendiri jugak 😅😅
BalasPadamBiasalah manusia tak terlepas dari berbuat typo. Tak boleh nak undo kalau dah tertekan publish. Kadang boleh faham dan agak typo tu. Tapi itulah, Tak sangka jadi macam tu kan. habis semua komen akak di delete ke? marah sangat tu.
BalasPadamhuh! saya selalu typo - typo queen. marah sangat adik tu sebab tersalah eja nama dia. huhu
BalasPadamayoookkkkk adik tu sentap.. biarkan dia.. hehe..
BalasPadamjanji kakfarah dh mtk maaf..
bse la typo2 ni kan.. sume org pernah buat silap.. haha