Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu!
Bagi kalian yang biasa membeli-belah di Lazada, sudah intai-intai promosi 12.12 atau belum? Saya tiadalah teruja sangat hendak berbelanja itu ini. Biasanya, kalau waktu jualan murah, saya banyak beli barang-barang dapur dan keperluan harian sahaja. Oh, tidak lupa … barang-barang untuk kraf, jurnal dan planner saya juga 😂. Seronok apabila dapat tawaran berbaloi yang memang sukar hendak jumpa jika di luar.
Sekarang ini saya tengah rajin memburu si Lazzie. Maskot Lazada yang ceria tu. Pengguna aplikasi Lazada tentu sibuk lakukan perkara yang sama, bukan? Lazzie Hunt bersempena 12.12 menawarkan hadiah utama kereta Nissan Almera.
Jadi, cabarannya ialah memburu maskot-maskot Lazada sebanyak mungkin. Bagaimanakah caranya hendak kumpul si Lazzie? Ada banyak cara. Lihat senarai di bawah:
- Imbas kod QR yang terdapat pada van dan motor penghantaran Lazada. Ini memang saya tak buatlah. Tak ada kerja saya gigih nak tunggu atau kejar van dan motor biru hahahah.
- Melalui saluran kedai yang terpilih (partners store)
- Log masuk harian ke Lazzie Hunt
- Lengkapkan misi-misi Lazzie Hunt
- Sertai Lazzie Challenge
Saya tidaklah beria-ia mana. Tetapi, sambil-sambil cari barang tu, saya klik jugalah butang Lazzie Hunt. Kumpul si Candy Lazzie, Santa Lazzie, Party Lazzie, Christmas Lazzie dan Party Lazzie.
Kumpul banyak-banyak, nanti boleh tukar dengan pas penyertaan untuk cabutan bertuah Nissan Almera, baucar penghantaran percuma dan baucar-baucar lain dari syarikat yang terlibat. Tentunya target saya baucar. 😎 Nissan Almera memang taklah.
Setakat ini saya berjaya kumpul sebanyak ni. Itu pun bilangan beberapa Lazzie sudah berkurang kerana saya telah tukar dengan baucar free shipping. Saya beli barang runcit-runcit. Kedai ini sedikit, kedai itu sedikit. Oleh itu, kena sentiasa kumpul baucar free shipping.
Jom sama-sama kita buru si Lazzie!
hahaha kita jarang masuk lazada ni...
BalasPadamnnt bole try la buru si lazzie juga D
Good luck :)
BalasPadamMenarik ni
BalasPadamSemoga ada rezekinya nanti
BalasPadamGood luck! Kalau menang Nissan Almera nak tumpang. hehe
BalasPadamrajin gak tu..caiyok caiyok...!!!
BalasPadamWahh lumayan hadiahnya. Lama gak tak menjengah lazada. Tak tahu nak cari apa kalau ke sana kekok sikit mungkin dah terbiasa dengan shopee. Tapi kalau merajuk dengan shopee, lazada jugak jadi pilihan. hihi..
BalasPadamSemoga ada rezeki kak Farrah. Aaaminnn...
Wah! rajin jugak tu.
BalasPadamSemoga berjaya.
Mrs. A kadang-kadang terjebak jugak dengan games di Lajada nih! hehehe...