Sabtu, April 18, 2015

Cenonet je!

Baru-baru ni, ada baca entri di blog Izzeyda mengenai belon tepung. Tak pernah tahu pun wujudnya belon tepung sebelum ini. Suka je tengok Eyda dan anak-anak bentuk belon tepung tu jadi bintang. Petang semalam, semasa slot home tuition, saya minta murid saya tolong hulurkan pemadam. With a cheeky smile, dihulurkan kepada saya seketul objek rubbery berwarna merah jambu. Beria-ia saya menenyeh objek merah jambu ke buku sebelum saya sedar yang objek berkenaan bukannya getah pemadam. Rupa-rupanya belon tepung! 

Laaaa cenonet je! Berkali-kali saya belek belon tepung tu. Kecil bebenor saiznya! Besar sikit daripada saiz ibu jari saya je. Begini bentuk dan rupanya, jangankan anak-anak Eyda, saya main dua tiga minit pun boleh bersepai tepungnya ;)

Nampak tak,.. getah pemadam saya lagi besar daripada belon tepung tu!


34 ulasan:

  1. hahaha.. kecik ja..patutlah xleh nak baling kat kepala..

    BalasPadam
  2. Haha..nakal juga anak murid kak Farrah kan..nasib baik tak bersepai tepung..^_^

    BalasPadam
  3. mesti anak murid tu gelak tak hingat dunia sebab dah berjaya kenakan cikgu dia.. haha.. esok lusa boleh kenakan orang lain pulak ye cikgu.. hehe ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe esok lusa cikgu kenakan dia pulak :)

      Padam
  4. eh eh comelnye belon tepung nye tu kak farah! :)

    *lama x dpt melawat. bz sikit hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang comel! Kecik jer! Tak mengapa, ana. Dah datang singgah ni pun akak dah besar hati :)

      Padam
  5. comelnye... boleh buat apa kak dengan belon tu..?? akak, nanti email alamat ea... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat bentuk-bentuk cam plastesin. Alamak, dah bulan 6 baru akak perasan komen Firah yang ni :)

      Padam
  6. hakhak.. Kak Farrah dah terjebak ngan belon tepung.. mmg fragile la benda2 macam ni..
    mujur murah ja.. kalo pecah x berkecai hati tu..

    btw.. awat nakai ngat budak tu.. babap kang =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dia ni memang spesies nakal sikit. Nakal comel tak menyakitkan hati tak pa...leh tolerate lagi :)

      Padam
  7. Comel je...jgn ada yg telan udah leerrr ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebarangkalian utk tertelan tu memang ada kan,.. ;)

      Padam
  8. Omeynya belon tepung tu.... hihihihi

    BalasPadam
  9. best kan main benda tuh kak Farrah.. tak pe, kita tak jakun dah kalau jumpa belon tepung nih.. hehehe..

    p/s nakal jugak ya anak murid kak Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main dia macam main batu seremban ke? Ke acaner? Keh Keh Keh...

      Padam
    2. Nak main cam batu seremban pun boleh, SS. Tapi kena ada 5 atau 7 bijiklah. Buat tepek kat mata ala2 pakai masker pun ok gak ;)

      Padam
  10. ehehehhe... boleh je nak buat besar2.. tapi jenuhlah habis tepung. mengamuk mak nanti.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah mana tak mengamuk, tepung leh buat godok! :)

      Padam
  11. comel..comel :) hehehe...dulu2 suka main benda alah ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah tua ni baru tahu bende ni wujud, Cik Mimie :)

      Padam
  12. Macamana nak main belon tepong tu?
    * Soklan bodoh... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan tu kita bagi Kimie, Izzat & Eyda jawablah :)

      Padam
  13. belon tepung? first time dengar
    ni mau habis putih rumah kalau dapat ke anak-anak saya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah memang selamat dikerjakan budak2 tu :)

      Padam
  14. belon tepung tu sgt kiut..warna PINK rasa nk cium2 je

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.