Isnin, April 18, 2016

Kertas Kraf - Kad Wood Design

Awal bulan hari tu pergi beli kertas kraf untuk projek-projek saya di POPULAR. Terjumpa kertas Elegant EPF Card Wood Design ni. Cantik sangat! Terus berkenan. Ada dua tona. Yang sebelah kanan tu, lebih jelas dan cantik shade kayunya. Tona warna coklatnya pun perfect! Di tengah tu pula, slightly cair. Tetapi, corak lakaran kayu tetap sama.

Cantik menawan kan?
Saya perlukan kertas corak kayu ini untuk satu event keluarga pada hujung bulan ini. Nanti setelah selesai, saya kongsikan dengan kalian ye. Kertasnya berkualiti. Kategori kad jugalah sebab agak tebal - 150gsm. Saya beli dua-dua pek. Satu pek berharga RM5.00. Dengan kad keahlian POPULAR, dapatlah 10% diskaun. Lepas tu, saya gunakan pula voucher Win-win POPULAR Notebook saya (Baca mengenainya di sini), dapat potongan RM5 lagi daripada harga keseluruhan barang. Berbaloi-baloi! ;)

Balik rumah, dek kerana teruja sangat dengan kertas corak kayu ni,.. terus buat kad sekeping.

:)

Jadi, sesiapa yang berminat untuk dapatkan kertas bercorak ukiran kayu begini, bolehlah dapatkan di POPULAR ye.

6 ulasan:

  1. Sy b'minat utk dapatkan kad tu,hehee...;-)

    BalasPadam
  2. wah kak Farrah.memang cantik. tak sabar nak tengok hasilnya

    BalasPadam
  3. sweet nyer farrah kad tu.
    utk famili ekk. i like :)

    BalasPadam
  4. cantik dan nampak real corak kayu tu..

    BalasPadam
  5. Semua kraf yang kak Farrah buat semuanya cantik-cantik sangat!

    BalasPadam
  6. sini tak popular susah nak dapatkannya

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.