Sabtu, 19 November 2011

Zikir untuk Mengatasi Rasa Letih atau Penat

Rasa penat? Tak larat? Letih dan lesu? Tapi kerja masih banyak,...hari masih panjang....urusan banyak yang masih belum selesai?! Jangan bimbang. Zikirkan nama Allah yang berikut:

Ya Qawwiyu Ya Matin
(Maha Kuat Maha Kukuh)

Zikirkanlah berulang kali nama Allah di atas. Insya Allah, akan dikurniakan kekuatan untuk kita meneruskan kerja atau tugasan yang masih bersisa. Aku biasa amalkan zikir ini sebab ringkas dan mudah. Alhamdulillah, memang berkesan. Tidaklah rasa penat tu terus hilang dengan ajaibnya! Tetapi Allah akan beri kita tenaga untuk memudahkan urusan harian kita.

Selain itu, di kala menghadapi sebarang kesulitan, zikirkan 'Ya Matin 'banyak-banyak dengan hati yang ikhlas. Dengan izin-Nya, kesulitan kita akan lenyap atau diringankan oleh Allah.

9 ulasan:

  1. terima kasih diucapakan atas zikir ini. ianya sangat membantu.

    BalasPadam
  2. akak...nanti boleh buat asma al husna guna kipas magnet yang macam saya tunjuk haritu...
    hihihihi...
    saiz tapak tangan je haritu, senang bawak jalan...

    BalasPadam
  3. Nama nama Allah ni ringkas je, tapi penyembuh :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...