728 x 90

Rabu, 18 Januari 2012

Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas

"Panasla sekarang nih!"


"Tak larat lah nak keluar,...cuaca sekarang terik..."


"Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas."


Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar 'remarks' macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan...confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch ;)

So, hari ni aku nak share dengan korang semua -  ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah 'Ya Latif' sepenuh hati dan berulang-ulang kali. 'Ya Latif' bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.

Aku belajar tentang zikir 'Ya Latif' untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.


4 ulasan:

  1. Cuaca sekarang memang terik, walau duduk dalam rumah pun rasa bahang. thank you for the info! :3

    BalasPadam
  2. sama-sama. thanks sbb sudi singgah sini :)

    BalasPadam
  3. Betul...
    setiap kali nak musafir saya selalu doa "Ya Allah, lembutkanlah cuaca ini untuk kami" ...

    kadang pergi tempat orang tak biasakan dengan cuaca mereka...

    tengs kak for sharing ...

    BalasPadam
  4. salam , mudah je , cuma mulut lebih suka mengomel..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...