Tukang Paip oh Tukang Paip

Jumaat, Julai 05, 2013


'Tik..tik...tik...' Punyalah annoying bunyi air paip menitik! Naik juling mata ni mendengornye! Datangnya dari paip bilik air di dapur merangkap bilik basuh - membasuh. Hmmm, sebenarnya paip tu memang hukum tukar dah! (Tengoklah rupa paip besi kat bawah tu. Memang dah nazak.)Masalahnya, kat area rumah saya ni punyalah susah nak cari tukang paip bertauliah dan tidak 'katok' customer dengan harga yang 'extragavanza'.

Kebarangkalian yang ada -
i. Tukang paip tu akan charge harga yang 'lumayan' hanya untuk tukar 1 kepala paip.
ii. Tukang paip tu tak datang langsung sebab job tu kecil. Diorang tak pandang. Susah nak kira upah katanya.

Akhirnya saya nekad. Tukar paip je kan? It's not a brain surgery. Dengan bantuan Bott (yang selongkar stor untuk cari tools yang sesuai), saya berjaya tukar paip bilik air belakang dengan jayanya. Ala,..tukar dengan paip plastik murah je. Janji boleh guna dan airnya tidak menitik.

Alhamdulillah! Selesai satu masalah. 

p/s: Ingatkan tadi kalau tak berjaya, dah ready nak search video 'tukar paip' kat youtube heheheheh.






2 ulasan

  1. sama situasinya kat dapur Sue Bee..last2 kena tukar jugak ke paip baru..lama punya dah buang..

    BalasPadam
  2. heheh memangt hukum buang je kan...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.