Edcoustic - Muhasabah Cinta

Ahad, Disember 08, 2013


Sebelum ini saya tak pernah dengar tentang kumpulan Edcoustic ni (sebuah kumpulan nasyid dari Inodnesia) yang dah released beberapa buah album. Tidak silap saya, untuk pasaran di Malaysia, mereka bernaung di bawah InTeam Records. Sangat tertarik dengan lagu 'Muhasabah Cinta' ini.

Pertama kali dengar adalah ketika saya menonton tutorial gitar lagu ini oleh TheIcedCapp. (Cover oleh TheIcedCapp best-best dan sesuai untuk beginners macam saya yang baru nak bertatih belajar petik gitar heheh). Saya amat tertarik dengan lirik verse 2 dan chorusnya yang mengungkapkan kealpaan kita untuk menghargai nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah. Simple but yet very meaningful!


Lirik Lagu Muhasabah Cinta - Edcoustic

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan, baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...
Muhasabah cintaku

Tuhan, kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

1 ulasan

  1. Salam kak farrah! yana suka sgt lagu ni , first time dengar time diploma , masa tu ada program memang menangis la masa tu dgr lagu ni:)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.