Biskut Sarang Semut (Resepi Mudah)

Khamis, Mei 05, 2016

Musim teringin makan biskut raya dah sampai! Kalau kalian juga teringin hendak buat biskut sarang semut yang cair di mulut, cukup lemak manisnya, teruskan membaca entri ini. Saya kongsikan resepi biskut sarang semut yang sedap. 

Rasanya dah lama benar dapur ni tak berbau wangi dek kerana membakar cookies. Tapi, saya buat ini bukan biskut raya tau. Biskut untuk dikunyah-kunyah semasa gatal gigi.

Biskut Sarang Semut

Dulu masa kecil, saya tak pandai makan biskut sarang semut ni. Yalah, time kecik-kecik taste-buds cenderung ke arah biskut coklat je. Dah tua nilah jadi penggemar biskut sarang semut tegar. Mudah sangat nak buat. Cuma sewaktu sagat adunan tu je yang agak remeh sikit.

Apa yang menariknya, once kita dah ada resepi asas biskut ni, kita boleh pelbagaikan lagi rasanya. Buat biskut sarang semut Milo ke … sarang semut Horlicks ke. Yang dalam gambar di atas tu, biskut sarang semut tradisional. Asli! Rasanya lemak berkrim. Teksturnya rapuh, lembut mencair di mulut.


Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

250g mentega
100g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B (ayak)

250g tepung gandum
100g tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard

Bahan Hiasan

Coklat Urai (Chocolate Rice)
Thousands & Hundreds (Manik gula kecil yang berwarna-warni tu)

Kelongsong kertas no. 1 secukupnya.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Pukul gula mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga mula membentuk doh. 
  3. Kepal-kepalkan doh kepada beberapa bahagian.
  4. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit.
  5. Sagat doh menggunakan pemarut. Gunakan garpu atau sudu kecil untuk isi doh yang telah diparut ke dalam kelongsong kertas. Susun dalam dulang pembakar.
  6. Taburkan coklat urai dan thousands & hundreds.
  7. Bakar dalam oven (yang telah dipanaskan pada suhu 180'C) selama 18-25 minit.

Selamat Mencuba!

9 ulasan

  1. wahh ! resepi2.. bgi snang2 je.. bskut sarang semut lah juadah wajib time raya.. suka2 ~~ *penggemar sarang semut.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Ada geng :) nanti akak update secepat mungkin ye...

      Padam
  2. rasa mcm nk raya tgk biskut nih

    BalasPadam
  3. wah.. boleh cuma la lepas ni..

    BalasPadam
  4. Biskut wajib mak Ros buat dulu ni!

    BalasPadam
  5. Biskut nie sedap... Ok jer... Cuma saya x minat sangat :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.