Abu Darda’ (r.a) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang merupakan seorang peniaga terkemuka di Yathrib sebelum pengislamannya. Setelah memeluk Islam, Abu Darda’ meninggalkan perniagaannya dan mula menumpukan kepada beribadah, menghafaz al-Quran serta mengembangkan ajaran Islam.
Seperti yang diriwayatkan oleh Thalhah (r.a.), seseorang telah datang kepada Abu Darda’ (r.a.) memaklumkan bahawa rumahnya terbakar. Tidak lama kemudian, seorang lagi datang memberitahunya tentang perkara itu. Abu Darda’ (r.a.) kekal tenang. Begitu juga keadaannya apabila orang ketiga datang menyampaikan perkara yang sama.
Kemudian, datang orang keempat. “Wahai Abu Darda’, api telah naik dengan marak tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”
Abu Darda’ (r.a.) menjawab, “Saya yakin bahawa Allah سبحانه وتعالىٰ tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah ﷺ telah mengajarkan saya satu doa yang jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”
Doa Abu Darda’
Aku menginsafi bahawa Allah Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan semua makhluk melata yang kendalinya tergenggam dalam tangan-Mu! Sungguh Tuhanku itu berada pada jalan yang lurus (adil).
Aamiin
BalasPadamAameen YaRabbil alameen. InshaAllah sama-sama kita amalkan, seronok baca Seerah, pengakhirannya membuat kita celik, terinspirasi..
BalasPadamBetul, babYpose. Banyak yang kita akan pelajari. Saya pun sekarang sedang mula mengumpul buku-buku Sirah untuk aktiviti bacaan di rumah.
PadamPerkongsian yg mnarik .
BalasPadamAmin..tq atas perkongsian bermanfaat ni kak farrah :)
BalasPadamMudah-mudahan dapat kita sama-sama amalkan :)
PadamTq Farrah.. Jom hafal sama2 ye. Semoga Allah memudahkan hafalan dan semoga kita semua dilindungi
BalasPadamAamin YRA. Terima kasih atas perkongsian. Zaman macam-macam penyakit dan ramai orang jahat ni kena perbanyakkan doa untuk lindung diri
BalasPadamAaminn...
BalasPadamSama sama lah kita berusaha amalkannya.
Terima kasih untuk perkongsian doa ni.