Petua untuk Surutkan Bengkak Kaki

Isnin, Ogos 04, 2014

Hehehe petua ni sesuai untuk yang suka/kerap terseliuh seperti saya. Saya dah cuba petua-petua di bawah ni untuk surutkan bengkak pada kaki yang terkehel. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang ada di rumah dan tak susah nak cari.

Petua 1
  1. Ambil halia tua dan tumbuk hingga lumat.
  2. Lumurkan pada bahagian kaki yang bengkak. 
  3. Balut dengan bandage atau pakai stoking.

Petua 2
  1. Ambil ragi dan larutkan dengan sedikit cuka putih.
  2. Sapukan pada bahagian kaki yang bengkak.
  3. Balut dengan bandage atau pakai stoking.
Amalkan petua-petua di atas sehingga bengkak surut.




15 ulasan

  1. masa preggy dulu ada jugak bengkak kaki.. tp pakai minyak angin yg panas tu pijau habis.. ni dah tau petua, next time boleh guna pakai.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. KM, saya suka minyak panas yang pijar2 tu...tapi selalu time terkehel la minyak tu tak dak dalam stok :)

      Padam
  2. wahh bagus ni petua ni....dulu saya jatuh tangge, retak, lambat betul surut bengkak-nye... tq akak

    BalasPadam
  3. mak sy slalu buat petua no.1 klau kaki sy terseliuh.. salam perkenalan.

    BalasPadam
  4. Kalau doctor soh ice-packing je untuk terseliuh ni n bandage :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah,..tuam ngan ice pun berkesan gak :)

      Padam
    2. Masa ujian sukan untuk olahraga baru-baru ini doktor sukan suruh rendam dalam air yang diisi ketul ais....

      Padam
    3. teringat time tgk satu citer kat TV, nak surutkan bengkak, diorang guna pek frozen peas untuk tuam :)

      Padam
  5. Lpeas ni kalau ada yang terseliuh masa bersukan boleh amalkan petua ini

    BalasPadam
  6. Bengkak bahagian lutut boleh tak ? Sy eksiden 17 mac . So kena operate , lutut sy bengkak dan susah nak bengkok . Sy kena courage kaki sy bengkok kalau tk sy akan cacat . 😢 petua kat atas boleh guna tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpati dengan situasi awak. Moga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Berkenaan petua ini, saya tak pasti boleh guna atau tidak sebab kes awak melibatkan bengkak selepas pembedahan. Tapi, doktor ada beri ubat untuk bengkak kan (prolase)? Saya rasa adalah lebih baik minta pendapat doktor/ahli yang pakar dalam hal ini. Petua di atas ni praktikal untuk bengkak/seliuh biasa. Bimbang jika diamalkan bawa mudarat lain pula pada lutut tu.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.