Rak Rempah Ratus Idaman

Khamis, September 11, 2014

Wahhhhhhh! Buntang mata saya tengok rak rempah ni. Dah nampak seperti robot kecil pun ada! Bestnya kalau ada sebijik macam ni. Letak atas kaunter kitchen island. Sejuk mata pandang aneka rempah setiap hari. Hmmm, tu kena tunggu bila saya berjaya bina dapur idaman sendiri lah :)
Sumber Imej: Perkongsian di Facebook
Bayangkan betapa seronoknya ada pelbagai jenis rempah yang tersimpan cantik kemas begini. Siap berlabel lagi! Tapi, bila difikir-fikir balik, bukannya setiap hari saya masak guna rempah. Kemudian, rempah-rempah tu tidak semua yang sesuai digunakan untuk hidangan hari - hari. Nanti, tidak pasal-pasal jadi 'stale' begitu sahaja sebab tersimpan lama. 

Selalunya, untuk mengekalkan kesegaran dan aroma rempah ratus yang dibeli, kita mesti guna dalam tempoh enam bulan selepas dibuka/dikeluarkan dari packaging. Kalau selepas enam bulan, bukanlah tak boleh guna. Boleh. Cuma rasa rempah tu dah tak ummmphhhh!

Apapun, inilah rak rempah idaman saya! Suka! Suka! Suka!

13 ulasan

  1. Kalau dah buka tapi x guna2 dah (almaklumlah... Paham2..) then simpan dalam fridge, brape lama tahan,kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, itu akak tak pasti. Tapi rasanya leh tahan lama, cuma bila nak guna kena sangai dulu bagi bau dia naik :)

      Padam
    2. Goreng tanpa minyak, Shikin. Untuk naikkan bau rempah tu :)

      Padam
  2. wah. comel2x. Saya pun suka benda yang organize macam gini ^_^

    BalasPadam
  3. beli je rak rempah tu then di gantikan dengan benda lain buat bekas letak garam ke, kunyit ke..yg biasa kita guna :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jumpa memang nak beli JM. Tak letak rempah, letak gula2 warna-warni pun OK. Janji setiap container tu berisi :)

      Padam
  4. Seronok tengok bekas tu. mesti smngt nak masak kan kalo ada satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau akak confirm mengadap tengok rak tu dalam sehari dua hihihi

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.