Isnin, Disember 01, 2014

Hari ini Hari AIDS Sedunia

Credit

1 Disember 2014 ialah Hari AIDS Sedunia. Siapa-siapa yang rajin, boleh pakai reben merah =) Simbolik keprihatinan dan sokongan kita to those living with HIV

Saya tengok di negara kita, banyak juga acara yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Antaranya ceramah agama, seminar dan taklimat kesihatan, pameran HIV & AIDS, dan pengedaran reben merah juga risalah kepada umum. 

Objektif sambutan adalah untuk menarik penglibatan orang ramai supaya sama-sama bertanggungjawab menggembleng tenaga dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS. Tema untuk Hari Aids Sedunia tahun ini ialah:

Focus, Partner, Achieve: An AIDS-free Generation

Maksudnya, setiap ahli masyarakat sepatutnya beri perhatian, berganding bahu dan cuba mencapai target ke arah generasi yang bebas AIDS.

Apa yang penting melalui sambutan dan penganjuran aktiviti-aktiviti bersempena Hari AIDS Sedunia, kita akan dapat semai persepsi yang betul dalam kalangan masyarakat. Stigma negatif, diskriminasi dan rasa takut yang keterlaluan terhadap pesakit-pesakit ini haruslah dikikis.





35 ulasan:

  1. saya pakai baju pink ja hari ni..heheh
    kt kedah pon ada sambut hari aids jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, akak tengok banyak tempat buat aktiviti sempena Hari AIDS tahun ni :)

      Padam
  2. terima kaseh atas informasi.

    taktau pulak. pakai baju merah la

    BalasPadam
  3. tak dak reben merah, baju merah accept tak..? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi ken jalan ala-ala diri tu reben lah. Baru orang tahu Firah support Hari AIDS :)

      Padam
  4. Jauhkan stigma ok u olzzz..
    Nanti patient takmo datang dapatkan rawatan sebab stigma. Sape yang susah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cakap, Shikin. It's better for them to get help, treatment and support. Jgn nanti dek kerana malu dengan tanggapan masyarakat, mereka tak dapatkan rawatan yg sewajarnya...main pandai2 sendiri je...

      Padam
  5. kebetulan mamamyja pakai baju merah hari nih. ehehehe,

    BalasPadam
  6. Thanks kak farrah atas info. Tapi saya xde baju merah. Tiap2 hari pakai baju kaler hitam je. Hehe.

    Jgn pandang serong pd mereka. Mungkin mereka dah bertaubat dan lebih suci dr kita yg sekadar mengeji. Allah forbid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun sama budak. Sampai ada orang personally tanya, memang tempat kerja kena pakai hitam ke? Ahaks

      Betul apa yang budak cakap. Kita pandang orang hina, entah2 mereka jauh lebih mulia daripada kita.

      Padam
  7. kita tidak boleh pandang rendah kepada pembawa HIV tu..mari kita beri sokongan moral

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,...mereka perlu sokongan moral utk teruskan hidup.

      Padam
  8. Ooo xtau pon ade hari aids sedunia nie... tp kalau ayu pakai riben merah sape nk tgk.. baby firash pakai baju merah rini... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira Ayu sambut hari AIDS peringkat kecil-kecilan. Ayu ngan Firash je. Early exposure utk Firash la kononnya heheh

      Padam
  9. hari ahad lepas nina join hari aids di penang.. xup lg kt blog :)
    ramai org takut bila dekat dgn pesakit aids

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka tak betul-betul faham. Dalam minda, AIDS BAHAYA!

      Padam
    2. ramai tak faham pasal aids.. takut berjangkit la etc..

      Padam
    3. Sebenarnya exposure tu penting kan...tapi ada setengah orang, walaupun dah tahu semua tu,..rasa takut tu ada jugak....

      Padam
  10. wana pun x tau hari ni adalah hari aids sedunia..thanx kongsi info..bagus juga support kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup sekadar kita terima mereka sebagai sebahagian drpd ahli masyarakat. Tak perlu sisihkan mereka.

      Padam
  11. baru tau 1/12 hari aids. tq sharing. ^^

    BalasPadam
  12. kasihan pada pesakit aids yg bukan dtg dari sebab dirinya sendiri.
    contoh anak yang terjangkiti dll

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. yang kes2 macam ni memang betul2 pity kan...

      Padam
  13. terlepas saya kak. aaaaa. jauhilah AIDS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's OK. Kita boleh sentiasa beri sokongan sepanjang tahun :)

      Padam
  14. Jap pk. Satu haribulan tengah amek jubah konvo and im wearing black :)

    Baru tahu lah ade hari aids :|
    Bagus perkongsian ni kak Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Hari OKU pun ada gak, 3 Disember. Akak tak buat entri lah,..tak sempat.
      Sebenarnya yang penting awareness kita.

      Padam
  15. ketinggalan beberap hari dah baru baca entry ni.. baju pink nan ado la hahaha.. tudung aje ado.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.