Cekengah & Lagu Cinta

Selasa, Mac 24, 2015

"Long, nak request lagu boleh?" Dengan mukanya yang sedih baru lepas nangis, saya layankan juga Cekengah. Kesian kat dia. Lately, stress dengan macam-macam hal. Kitorang tengah lepak kat bilik kraf sambil saya mengunyah dengan berseleranya 1/2 biji burger lebihan lunch Cekengah bawa balik. Adik saya ni memang kalau dia rasa portion makanan dia besar,..tak terhabis...dia memang akan asingkan siap-siap. Bawa balik untuk 'mulut sentiasa nak makan' kat rumah ni.

"Eh, lagu apa?" Pelik saya mendengarnya. Selalu Cekebon yang rajin minta dimainkan lagu itu ini. (Baca kisah Cekebon dengan lagu Aduka di sini.)

"Lagu cinta."

"Ye lah, lagu apa?"

"Lagu Cinta-lah. Tajuk lagu tu memang Lagu Cinta. Kumpulan Asmara."

Eh, kumpulan Asmara ni bukan kumpulan dari Indonesia ke? Sejak bila Cekengah pandai layan lagu Indonesia. Selalu bukan main lagi kutuk saya, cakap lagu-lagu along tak best! Saya yang tengah syok melayan kekecohan konflik drama Keluarga Karaoke (nampak tak tahap bosan saya hihihih) terus ambil remote TV dan tekan butang mute.

"Aikkk? Dah pandai dengar lagu Indonesia pulak?!"

"Dengar kat radio masa nak pergi kerja. Best, Long! Kalau Angah yang tak minat lagu seberang pun boleh suka,...paham-paham je lah."  

Oh, that one make sense. Citarasa muzik kitorang berbeza. So, kalau tiba-tiba ada lagu yang dia suka dan bukan dalam range lagu favourite dia, saya tahulah dia dengar kat radio. On the way pergi balik kerja. Sikit hari dulu, risau gak saya dia berjangkit fenomena 'Sakitnya Tuh Di sini' sebab Hotfm asyik dok pasang lagu tu ;)

Cekengah beri saya dengar. Not bad! Boleh layanlah! Ada iras-bau lagu Dadali sikit. Siapa yang belum pernah dengar, search di Youtube ye. So, hari ni seawal pagi saya dah memeluk si Kapok, 'menyumbangkan' suasana buat chords  'Lagu Cinta' untuk adik saya. Nampak tak Cekengah? Gigih Along nak gembirakan adik sendiri? Tak mau nangis-nangis lagi! Lepas ni kita rakam, Angah leh nyanyi sepuas-puasnya provided that Along tak ada within earshot and vicinity. Ahaks!

Chords Lagu Cinta dah siap. Seperti biasa easy chords, sesuai untuk beginners. Nanti saya kongsikan. Malas nak taip lirik. Nak gi mamam dulu. Da..da......



53 ulasan

  1. nasib laa ada along yang boleh mainkan lagu nih.. nanti nak cari laa lagu nih.. hehehe..

    BalasPadam
  2. sampai sekarang khaty pun tak tahu genre lagu yang macam mn khaty suka,selalunya ikut apa yang sedap di dengar waktu itu la..ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sebenarnya lebih kurang macam tu, Khaty. Asal sedap didengar boleh layannnnn :)

      Padam
  3. Untung adik ada along yang sporting :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time along dia sporting,..which is sekali-sekala hehehe

      Padam
  4. untung lah cekengah ada Along yg main gehtar ni..boleh minta je nk main lagu apa...
    so Farrah..main lah utk sis JM lagu "sakinya di sini tu"...alaaaa yang selalu SS sebut tu...SS mana SS

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS majuk tak habis lagi.. hehe

      Padam
    2. SS majuk? Awat tak pergi pujuk?
      Sis JM, saya kalau petik gitar untuk sis bertambah sakit nanti hahaha

      Padam
    3. saki baki! huhuhu...asyik salah taip je nih...nak tukar JM kepada JS lah boleh...gabungan JM dan SS jadilah JS or Jari Salah heeee

      Padam
    4. Hahahahaha adesssd sis JM dah jangkit typo dah

      Padam
    5. hehehe SS siap tukar kak JM jadi Jari Sasul ya..

      Padam
    6. huhuhuh....jari ni aktif sgt

      Padam
  5. best apa layan lagu seberang kan kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..tapi tak kena dengan taste Cekengah...

      Padam
    2. sekali sekala Cekengah nak jiwang2..

      Padam
  6. Balasan
    1. Sila sila SS. Dah tuju kat ZF tu jangan lupa kat sis JM :)

      Padam
    2. SS nak tujukan lagu ni untuk JM... Dengan ucapan... Instagram I tu tolong laa approve yunkkk! Kah Kah Kah....

      Padam
    3. Sis JM, dengar dak tu? SS dah tagih cinta Instagram... :)

      Padam
    4. eheheehhe...Farrah sis JM datang nih..opss..ada pesanan lah

      Padam
    5. dear SS...baik!!..lupa sudah bila asyik ngan blog je nih

      Padam
    6. i request your IG x approve pun...ni yg nk merajuk nih

      Padam
    7. Ternanti Sis JM aprrove fb IG ni

      Padam
    8. ehh..belum approve eh...Ekin...x menyesal ke sbb IG tu hidup segan mati x mahu

      Padam
    9. SS : u dah approve but nothing...kosdng..kosong..kosong..nyanyi lagu najwa latip

      Padam
    10. Yup belum approve... xpe tak nyesal... nyesal lg kak xmau aprrove hihihijj

      Padam
    11. dedua sama.. berkurun baru nak approve.. si SS tu memula gambar sekeping je ahahaha..

      Padam
  7. sudah jarang dengar radio, memang lambat sikit update pasal lagu2 ni.. wat video share sini Kak Farrah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite pun sama, jarang sangat dah dengar radio.. jadi tak tahu sangat dah perkembangan semasa...

      Padam
    2. @QA - Dah tua-tua ni tak perlulah bervideo bagai, Syida. Video2 ni utk anak2 muda remaja hahahah

      @DP - yes,..lagu cinta utk kamu..kamu...kamu... :)

      Padam
    3. masih ada lagi ke radio di zaman ini?

      Padam
    4. Adaaa...ada...SS nak radio yang macammana?

      Padam
    5. radia rosak kat muzium..ada byk jenis..pulih je heee

      Padam
    6. kak JM : radia? pulih? abis laa memang kena tukar jadi Jari Sasul laa lepas nih.. hehehe..

      Padam
    7. itulah..sesuai sgt lah tu huhuh..asyik salah je ahahah

      Padam
  8. lagu tu sy dgr sekali je...sbb x lyn dangdut kannn ;-)

    BalasPadam
  9. nak request lagu koreaaa.. tapi tak reti main gitar.. nak request gak..

    BalasPadam
  10. dah lamam tak dengar radio..xtau lagu apa yg ada skrg ni..haha..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.