Sobremesa

Khamis, Mac 19, 2015

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Dua tiga menjak ni tak dapat bersiaran setiap hari. Jadual dan rutin masih haywire. Alhamdulillah, Cekebon dah discharged. Cuma perlu ulang alik ke hospital a few times untuk rawatan susulan.

Pagi ni nak belanja gambar toasted bagel dan creamcheese. Ni masa sesi sobremesa dengan adik-beradik dan Bott ketika kami dok melabun tunggu ibu kat hospital. Cekebon dah tentu-tentu tak ada selera nak makan. Kitorang pula yang lebih-lebih lapar. Kerja asyik nak isi perut je!

Bagel with creamcheese dalam operasi ternak lemak saya ;)

Sobremesa tu apa? Hihihi kita cakap Spanish sikitlah. Ini haa maknanya :)


Minggu ni tak sempat blogwalking. Jangan marah ye...akan saya jengah kalian juga :)






34 ulasan

  1. alhamdulillah Cekebon dah keluar hospital.. kena ajak Cekebon makan jugak.. bagi jer apa yang dia rasa nak makan.. skit pun tak pe, kurang makan nanti badan lemah.. wahh belajar perkataan baru hari nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, eyda. Tekak tengah payau, so apa yang Cekebon teringin kami adik-beradik cuba adakan. Sementara badan nak kuat balik.

      Happy sobremesa!

      Padam
    2. dah kuat elok tak pa dah.. ok kak Farrah, happy sobremesa..

      Padam
  2. Alhamdulillah Cekebon dah discharge..

    Bott tu sapa? hehe

    BalasPadam
  3. oh baru tau maksud Sobremesa :) thanks sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu je lah antara patah2 perkataan Spanish yg akak tahu, FA :)

      Padam
  4. sesi bergebang lepas makan..sedap Spanish vocab..cuma tak tau pronounciation nya mcm mana..kena tengok telenovela lah mcm ni..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kira sembang gebang lepas makan. hahahah nak menyebut, makhraj kena betul!

      Padam
  5. SS salah baca... Bagel jadi BOGEL with creamcheese ... Adeiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoii laa SS.. lain kali baca betul2 ya.. hehehe..

      Padam
    2. Aippppp! No BOGEL BOGEL! Baaayyyy-gel! Bogel with creamcheese?! Oh my! Tak mau bayangkan! Hahah

      Padam
    3. ishh..Bogel with creamcheeese?...nyum nyum mnyum!

      Padam
    4. Hahahahah bukan main lgi, sis! Nyumm nyummmm tuh!

      Padam
  6. nyum.. sedap plak nampk..
    nk tumpang ternak lemak jgk la..
    :D

    BalasPadam
  7. haha..makan ja la kak bila time ada rasa nak makan..kalau sakit dah x selera nak makan kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih dalam pada makan akak kena beringat gak, Wana. Penyakit pakej ada dalam sejarah keluarga :) Tapi betul kan, mentara sihat ni lah kita ada selera nak menjamah makanan pun. Bila sakit, tak lalu nak makan apa...

      Padam
  8. syukur la cekebon dah kuar hospital..moga beransur sembuh..

    BalasPadam
  9. ohh..itu ke maksud Sobremesa..ingatkan nama orang..baru nk berkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis kalau nak kenal kena nama ala2 Taeyung, Kyun, Yu Ri...yang bunyi2 Korea gitu!

      Padam
    2. hheheeh..Farrah ni mmg memahami ahkak tau..ca yunk dia

      Padam
    3. Hahahah betul kan,...kan..kan...

      Padam
  10. alhamdulillah cekebon dh discharge..lega rasa hati mendengarnya...semoga beliau sihat seperti biasa aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, sis! Terima kasih banyak-banyak ye....

      Padam
  11. Tak pernah try bagel lagi walaupun bagel dekat sini merata-rata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak personally suka yg toasted. Rangup2 crispy sikit...

      Padam
  12. Kakak Bott hihihi.. nama Kakak Bott famous di blog ini..
    amboi Kak Farrah.. bagel gitu tau.. cream cheese tu makan saja pun heaven..
    kalo mak nampak mmg kena perli..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.