Isnin, Mac 30, 2015

Untuk Cinta - Hafiz dan Adira (OST Pilot Cafe)

Satu lagi lagu duet Hafiz dan Adira yang bakal jadi hits, Untuk Cinta. Lagu ni merupakan OST untuk filem Pilot Cafe, adaptasi novel karya Ahadiat Akashah. Pertama kali dengar macam 'Hmmm,...boleh layan nih!' Bagi saya tidak sehebat gandingan mereka yang terdahulu, Ombak Rindu. Tambahan pula, telinga ni masih dimanjakan dengan duet ummpphhh Dato' Siti Nurhaliza dengan Cakra Khan dalam Seluruh Cinta. Mungkin ambil masa sedikit untuk terima lagu ni. Secara peribadi, saya suka bahagian verse berbanding chorus :)


Lirik Lagu 'Untuk Cinta' - Hafiz & Adira (OST Pilot Cafe)
Ciptaan: Nurzaidi Abd Rahman

[Hafiz]  
Kau tunjukkan aku yang memangnya          
tak pernah tahu
erti sebenarnya cinta
dari jiwa
bukan hanya dari mata

[Adira]
Kau ajar hatiku kasih setulus seikhlasnya
tak pernah mengeluh
walau kan terpisah
sedikitpun tak berubah

[Hafiz & Adira]
Namun takkan menjadi milikku
cinta bukan tercipta untukku

(Chorus)

[Hafiz]  
Tolong jagalah dirinya
buat diriku
jangan biar luka lagi hatinya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua
kasih dan cinta
akan ku pendamkan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula

[Adira]
Selamat tinggal kasih
aku kan pergi (ku kan pergi)
bawa diri (bawa diri)
yang telah rela (yang telah rela)
dan mengerti (oohhhh)

[Hafiz & Adira]
dan di sini saja
berakhirnya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima tentuannya
Ohhhhh



Psst! Bagi adik-adik yang dah mula request guitar chords Untuk Cinta, harap bersabar ye. Kena beratur masuk line :) Sekarang tengah usahakan easy chords Linangan Terakhir - Forteen.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  

26 ulasan:

  1. Sekarang macam banyak cerita adaptasi novel kan, kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penulis pun dah xdak idea.. cerita pusing mai sama ja..boring dah..

      Padam
    2. Itu belum tengok tajuk lagi,...suami itu,...isteri ini..separuh masa,...penuh masa ;)

      Padam
    3. tau xpe..walaupun anis layan novel..tapi bile tgk drama cmni..bosan pon ade kadang2..hahah

      Padam
    4. Semua cerita kawin paksa..kontrak bagai..hehe

      Padam
    5. itulah semua jalan cerita berkaitan cinta.. pusing skit ja antara satu cerita dengan yang lain..

      Padam
  2. Balasan
    1. Boleh SS...silakan...silakan...kali ni nak pesan cuci kaki sebelum tido lagi ka?

      Padam
    2. SS nak tujukan lagu ni untuk Suida... Kenal tak Suida tu sape? He He He.. Dengan ucapan... Balik keje jangan lupa mandi... Tu je... Ucapan SS...

      Padam
  3. sy prefer ombak rindu berbanding yg ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Rasanya lagu ni kena banyak2 kali dengar baru leh suka.

      Padam
  4. wana pun suka dengan lagu ost ombak rindu tu..memang layan habis.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu tu memang best kan! Ada aura 'hantu'nya sendiri :)

      Padam
  5. banyak betul drama dan filem yang diadaptasi dari novel.. lama tak dengar nama Ahadiat Akashah.. dulu masa muda remaja, layan jugak novel-novel dia..

    BalasPadam
  6. Lagu filem OSt la ni... berduet la diaorg ni... sesama nak kahwin hafiz n adira dgn pasangan masing2

    BalasPadam
  7. betull takleh lawan lagi lagu ombak rindu dengan seluruh cinta tuu kann tapi sedapp jee dengar jugakk :)

    BalasPadam
  8. belum dengar lagi lagu yang ni..nnt nak dengar la..huhu

    BalasPadam
  9. lagu ost sume senang naik kn kak

    BalasPadam
  10. citer apa pulok ni Kak Farrah.. hahaha pilot pilot =P

    BalasPadam
  11. OST utk Pilot Cafe? sah...x pernah dgr

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.