728 x 90

Rabu, 22 April 2015

Projek Tak Ada Kerja (Part 2)

Entri susulan Projek Tak Ada Kerja Part 1.

Bekas kayu ni sebenarnya pemberian Dhila, si adik ipar kesayangan yang rajin beri saya stuff untuk buat kraf. Fikir punya fikir, saya pilih warna kuning untuk cat bekas kayu. Mengapa kuning? Sebab saya nak padankan dengan kertas tisu yang saya ada.

Paint dah kering. Sedia untuk proses seterusnya.

Apa kena mengena dengan tisu ros merah tu? Sebenarnya, saya nak buat projek mini decoupage. Apa itu decoupage? Decoupage ni sejenis kraf menghias barang-barang dengan tampalan kertas misalnya kertas tisu. Mudah je nak membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

  • Objek yang nak dihias. Saya nak hias sedikit bekas kayu di atas. Kalian boleh pilih untuk hias bingkai gambar atau tin susu atau tin biskut terpakai.
  • Gunting decoupage - Gunting bermata runcing dan tajam untuk mudahkan kita potong kertas mengikut bentuk/corak. Tak ada gunting decoupage, boleh guna gunting lipat seperti dalam gambar di atas.
  • Decoupage glue - Boleh dibeli di kedai menjual peralatan kraf. Tetapi, saya buat sendiri. Sekadar nak buat projek kecil-kecilan begini tak perlulah beli decoupage glue yang a bit pricey tu :) Nanti saya buat entri khas cara untuk hasilkan decoupage glue.
  • Potongan imej menarik dari kertas tisu.


Sesi memotong kertas tisu.
Potong dengan hati-hati ye imej-imej yang kalian rasa nak ditepek pada objek pilihan. Dah siap potong, bolehlah kita mulakan proses menampal!

Tunjuk sikit :)

OK tak? Ini percubaan pertama saya buat decoupage. Nanti hasil sepenuhnya saya tunjuk kemudian.


50 ulasan:

  1. Balasan
    1. projek kecil je, anies. dah siap dah hihihi
      nway thanks for the offer.

      Padam
  2. Apa yg kak farrah buat semuanya cantik..
    tak sabar nak tgk hasil tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi kertas tu yang cantik, maka hasilnya pun cantiklah.
      akak ni tukang tampal2 je, Syida :)

      Padam
  3. Ada satu bekas kayu macam tu dapat masa birthday zamn sekolah tu.. tak berhabuk dan dah xcantik.. boleh apply cara ni kan.. satu je yg malas, nak cat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh...boleh...
      Akak ni pakai acrylic paint je, Syida. Macam pakai poster colour Buncho tu je, Tak messy senang kering.

      Padam
  4. wah cantiknya.. tak nampak macam tampalan kertas tisu pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seni decoupage ni memang unik, eyda. kalau tak scrutinize, kita tak akan sangka yang gambar/hiasan tu hanya daripada tampalan kertas tisu.

      Padam
  5. rajin dan kreatif tu penting. klo kreatif je tp mls mmg ta menjadi la.. btw, mmg cantik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Princess Comey. Akak ni pun buat sambil-sambil. Mende cenonet begini pun makan hari baru siap :)

      Padam
  6. bunga ros kat kayu tu kertas tisu ke? tak nampak mcm kena tampal pun, nampak mcm lukisan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kertas tisu, mazni. lepas kita sapukan gam nipis atas kertas tisu dan mengering. akan jadi begitu :)

      Padam
    2. hakikatnya tampalan kertas tisu :)

      Padam
  7. Balasan
    1. tak de rajin mana, Nani. buat isi masa :)

      Padam
  8. Waaa...kretip nye farrah...kalau sy..mesti dh lama humban kayu tuhh...coz xreti nk guna pe dah hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih saya ni cepat sayang benda. Tapi pada masa yang sama tak nak jadi hoarders kumpul barang & sampah. So, selalu buat syarat, barang tu boleh guna, ada purpose boleh simpan. Kalau tak buang/recycle :)

      Padam
    2. heheheh....farrah xpe...kretip...sy xleh kalau simpan lama2...tgn gatal nak buang....tu yg kdg2 kalau xtau sape pya barang...memang selamat melayang masuk dlm tong sampah....hahhahahaa

      Padam
    3. Hehehe tapi puas hati kan bila kita dapat kemas dan buang barang :)
      Clear rasa rumah!

      Padam
  9. kenapa kreatif sgt niiii. jeles! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idaklah kreatif mana, Athirah. Athirah pun boleh cuba buat. Senang je :)

      Padam
  10. Wahhh... boleh jual ni, untung busat....

    BalasPadam
  11. YA Allah , kreatifnya akak farah :) lawa sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, dik. Kertas tisunya yang lawa hihihi

      Padam
  12. kene betol2 gigih nk buat ni.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak susah sangat, ezy. akak rasa sambil ezy rehat-rehat tu, ezy boleh buat. ezy kan suka deco deco ni :)

      Padam
  13. OMG.. bunga rossssss :) I like!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yessss...si penggemar ros in da house!

      Padam
    2. hahahaha...cantiknya :) tgk lama2 pun xpe gambar bunga ros tu...hehehe :)

      Padam
    3. Cik Mimie dan bunga ros berpisah tiada :)

      Padam
  14. akak farah syggg..nak tengok gambar full...macam tak percaya tu kertas tisu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak yang first time buat pun macam tak percaya, Anis. Nanti akak update ye :)

      Padam
  15. ada ja projek farah bombastik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikhik tak adalah bombastik mana, Khaty :)

      Padam
  16. awesome giler kak...gambar ros tu bukan nampak macam tampal tapi macam cat..serius cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam lukis kan,...tulah akak baca, hasil decoupage ni bergantung pada kecantikan kertas tisu yang kita ada :)

      Padam
  17. cantik! saya dulu suka juga buat benda gini
    sekarang dah tak ada kesempatan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, YY. Nanti budak2 tu dah besar sikit, bolehlah buat benda2 ni balik :)

      Padam
  18. Wahhh cantiknya akak... guna apa tepek tisu tu kat kayu

    BalasPadam
  19. rajin nye lah hai mengunting keratan bunga ros tu...hanya org rajin dan kreatif je boleh buat keje2 seni mcm ni...leh geng dengan SS..dia org 'seni'

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS lagi hebat dan kreatip. Saya ni buat mende2 simple je tahulah sis.

      Padam
  20. woaaah nampak mcm real Kak Farrah lukis.. sbb bace dari part 3 dlu jadi mmg ingt Kak Farrah lukis bunge2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau pandai lukis secantik ni, dah jadi artis dah hahaha

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...