Mari cuba resepi bebola ayam dan tauhu ni. Sesuai untuk hidangan minum petang. Nak buat lauk pun boleh. Selalunya saya makan bebola ini dengan sos cili Thai. Nak makan dengan apa-apa sos kegemaran kalian pun sedap - sos black pepper, cili kicap, mayonis, mustard...ikut cita rasa masing-masing ye :)
Oh, bebola ayam dan tauhu saya ni kurang serinya. Warna hijau tak ada sebab tak letak hirisan daun bawang dan daun sup. Last minute baru perasan 'hijau-hijau' tu tiada dalam stok. Tetapi, begini sahaja dah cukup enak dah. Yang pasti bebola ayam dan tauhu ini lebih sihat berbanding bebola cucuk-cucuk yang kita beli.
Bebola Ayam dan Tauhu |
Resepi Bebola Ayam dan Tauhu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 ketul bahagian dada ayam
- 4 keping tauhu
- 3 batang cili hijau (jika suka pedas boleh tukar ke cili api)
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- 2 biji telur
- 50g tepung gandum
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
- garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Rebus ayam. Kemudian, potong dada ayam menjadi hirisan kecil. Lecek tauhu dan ayam sehingga hancur.
- Campurkan cili hijau, daun sup, daun bawang, tepung gandum, lada sulah dan garam. Gaul sebati hingga semuanya sekata.
- Kepalkan adunan dan bentukkan menjadi bebola.
- Celupkan ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
Selamat Mencuba!
yeayy! dapat resipi baru.. tq for sharing farrah
BalasPadamu r most welcome, Intan :)
Padamnanti ada masa terluang cubalah ye..
macam sedap jer.. boleh cuba nih..
BalasPadamSelamat mencuba, eyda. Bolehlah buat tukar2 selera :)
Padamtuh laa, boleh laa buat ujung minggu ke apa.. nak simpan resepi nih..
Padamkaknoor belum pernah buat bebola ayam tauhu ni boleh try jugak ni farahh mesti sedapp ada kelainan sikit dari pegedil biasa tu kan
BalasPadamNanti Kak Noor cuba ye. Untuk buat tukar2 selera. Rasanya kalau respi ni diolah semula oleh Kak Noor mesti berganda-ganda sedapnya :)
PadamPakar masak olah resepi baru mesti marbeles ni..hehe
Padamfarra,sedapnya..tengah lapaq nie..
BalasPadamMeh datang mamam sini, Khaty :)
Padamerm, nyum2..walaupun simple tapi nampak sedap dan best bebola ayam ni kak..
BalasPadamSedap lazat untuk dikunyah-kunyah :)
Padampssttt..kak farrah dah sihat? jangan lupa jaga kesihatan tau..
BalasPadamAlhamdulillah, semakin bertenaga ibarat ultraman yang baru dicharge baterinya hihihihi thanks for your concern, Wana :)
PadamKalau nak bebola ayam je, tak payah letak tauhu la kan?
BalasPadamBoleh saja, Farah. Lebihkan ayamnya :)
Padamrajinnya buat bebola ayam sendiri. kalau saya guna je daging cincang pastu tambah2 sikit spices supaya nak bagi ade perisa x'D
BalasPadamItu pun sedapppppp Mazni! Akak kalau pakai daging cincang, masukkan sekali caramelised onions :)
PadamMacam best jah ni hihihihi
BalasPadamMemang best...boleh dikatakan best hihihih
PadamBoleh cuba nanti hihihi kita masakan kelainan kan akak..
PadamSelamat mencuba,ekin :)
PadamTunjuk resepi akak ni ada letak telur kena ceramah selalu hahahaa... syg abg ni xleh mkn telur nanti muka tu naik jerawat... hihihi...adessssemua afa telur xboleh mkn stresss hahhaaa
PadamTak mau stress. Jangan gula telur.
PadamFarrah,
BalasPadamAzie suka sebab ada tauhu! Nak cuba nanti. Nanti Azie post di Instagram. Hehe.
Oh, Azie suka tauhu ye. Haaa, dah post kat IG inform tau. Nanti saya jejak hihihi
Padamni kalau buat makan gitu ja sambil layan online.. thanks for sharing resepi akak..
BalasPadammemang best buat kunyah2, Syida :)
Padamrisau jmpa makanan sedap ni.. nanti lupa diri.. haha.. makan tak hingat
PadamTak pe, Syida. Set shaklee kan ada :)
Padamsedap..sedap...nanti nak cuba buat :) Thank Kak Farrah :)
BalasPadamNanti dah cuba jangan lupa kongsi di blog ye..
PadamCikna pun Ade wat... Memandangkan Cikna kureng ngan telur ni Cikna gantikan dgn tepung gandum je,huhuu.....😊
BalasPadamOh cikna tak salut ngan telurlah ye,..kira dgn tepung gandum je.
Padamdah macam nugget jugak la ni kan kak farrah
BalasPadammacam sedap tapi xtau lah boleh masuk x dgn rasa tauhu tu
tauhu yang biasa tu kan kak
Haah, akak guna tauhu biasa je. Tapi klu nak guna tauhu jepun atau yg jenis lembut tu boleh je. Tak guna tauhu pun tak pe.
Padamdah macam nugget jugak la ni kan kak farrah
BalasPadammacam sedap tapi xtau lah boleh masuk x dgn rasa tauhu tu
tauhu yang biasa tu kan kak
masakkan!
BalasPadamuiiii dpt pns2 ni....heaven!!! ;-)
BalasPadamkalau saya cakap 'nanti nak cuba', nampak nau menipunya..haha.nugget dalam fridge pun tak bergoreng lagi.rajin betul kak Farrah ni.untung sape yang berjaya menambat hatinya nanti..ewah
BalasPadamokee nak buat nanti..sedapnyeee.. :)nyum nyum..
BalasPadamrecipe ni boleh guna untuk atkiners jugak.. just omit tepung tu..
BalasPadamyang lelain okaaay sngt dah ehehe..
best best! boleh la buat untuk makan petang :D
BalasPadamKalau mekja mmg kena tambah cili api. Baru sedap, xmuak. heheh
BalasPadam