Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 2)

Isnin, Mei 30, 2016

Entri Part 1 di sini ye :)

Dalam entri Part 1, saya dah tunjukkan hasil heat embossing guna Clear Embossing Stamp Pad dan serbuk embossing Bridal. Disebabkan saya guna kertas pink, tak nampak sangat efek embossed-nya. 'Happy Day'  di bawah saya buat atas kad hitam. Jelas sedikit.

Cantik tak?

Untuk Part 2 pula, saya guna serbuk embossing Sparkle dengan ink Versa Color (Old Rose). Selain daripada menggunakan Clear Embossing Stamp Pad, kita juga boleh guna Versa Color ink pads untuk buat heat embossing. Lagi menarik kerana ada lebih banyak warna pilihan untuk projek-projek kita.

Macam biasa, sapukan inkpad rata-rata pada clear stamp yang hendak digunakan. Setelah ditekap atas kad, cepat-cepat taburkan serbuk embossing. Ulang langkah-langkah yang sama seperti sebelum ini. Ketuk-ketuk sikit kad supaya lebihan serbuk embossing jatuh. Kemudian, panaskan pakai heat gun.


Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Merelit-relit gitu! Kalau yang Bridal, glitter-nya manja-manja je kan. Tetapi, kalau Sparkle ni lebih ketara sebab glitter-nya berwarna silver.

Satu lagi contoh:


Yang ini masa first time buat guna heat gun. Saya campur dua-dua :)



So, bagi yang berminat dengan heat embossing, bolehlah cuba buat. Dapatkan serbuk embossing di kedai-kedai barangan kraf. Tak ada heat gun pun tak apa. Sebelum ini, saya pakai toaster je. Insya-Allah, nanti saya tunjukkan cara buat heat embossing guna toaster pula :)


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

9 ulasan

  1. Cantik ! Hari tu kawan Nani ada buat macam ni :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Farrah,

    Wow cantik sangat hasilnya Farrah.. Sis baru tau bila baca post Farrah ni. Berapa harga serbuk dia sebotol? Menarik..
    Thanks for sharing dear, luv it!

    BalasPadam
  3. Farrah sangat kreatif :) Halus hasil tangannya :)

    BalasPadam
  4. seperti biasa..mampu tgk je..nak buat sendiri? mmg tak lah

    BalasPadam
  5. Farrah..kakalu bukak kedai kraft ni..pergh..mmg laris tau

    BalasPadam
  6. mahal ke serbuk embossing ni? sbb kalu buat kt kat buku, otomatik dah berubah harga buku ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.