Ahad, Februari 12, 2017

Thumbprint Animals - Aktiviti untuk Anak-anak

Bulan lepas, saya buat aktiviti thumbprint animals dengan si cilik tahun satu. Tajuk awal untuk English lessons mereka berkaitan dengan bunyi termasuklah bunyi-bunyi haiwan. Jadi, sambil-sambil belajar bunyi haiwan, kita lukis haiwan dengan cap jari.

Untuk aktiviti ini, perlu sediakan:

  • Ink/Dakwat untuk buat thumb/finger prints - boleh cari di kedai buku dan alat tulis seperti POPULAR atau kedai yang menjual peralatan kraf.
  • Wet tissue - untuk bersihkan jari apabila nak tukar-tukar warna ink dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak bertepek di tempat yang tidak sepatutnya 😃


Salah satu daripada hasil si cilik saya.

Nampak tak? Ada kucing berkaki ayam,..ada monyet pink! 😝 It was a fun session. Si cilik seronok guna ibu jari, jari telunjuk dan kelingking untuk cuba hasilkan haiwan masing-masing.


Di bawah ini ada gambar yang boleh dibuat rujukan.
Kredit - Anamika's Creation & Ideas

Psstt! Sebelum ini, saya pernah buat aktiviti thumbprints untuk sesi Go Green!  Boleh lihat di sini.


38 ulasan:

  1. cantikkk pasti anak2 suka....

    BalasPadam
  2. cantiknya..Auntie Sal buat pun belum tentu sekemas itu. Hehe..rajin kak Farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa Auntie Sal rendah diri je tuh... :)
      Akak tak rajin mana, Sal. Tapi, nak pastikan budak2 ni terus interested+tak penat belajar kenalah main2 sama.

      Padam
  3. Cantik dan kreatif la anak2 murid akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mende2 macam ni diorang sukalah :)
      Tak ngantuk dalam kelas.

      Padam
    2. ni ekin duk ajar anak saudara yg darjah satu mudah sangat boring.. nak kena cari idea lebih kurang macam ni gak kut xmau bagi dia boring.. hahhahaha...

      Padam
    3. Betul. Budak2 Darjah 1 cepat boring sikit sebab basically syllabus Tahun 1 diorang dah belajar masa tadika. So, kita tambahlah sikit aktiviti utk mereka :)

      Padam
    4. Tu la kena mudah sangat boring.. Kat sekolah dia duk tanya cikgu jam pukul berapa sampai cikgu senyap banyak kali tanya gak

      Padam
  4. Good idea ! thanks kak.. tengah ajar student yang "malas" membaca and this is a good idea nak bagi dia eja and baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..ajak dia 'main-main' dulu, then suruh dia eja dan baca :)

      Padam
  5. Ibu jari budak darjah 1 mmg sweet la hasilnya ce kalau ibu jari sis JM 😜

    BalasPadam
  6. Monyet pink? Ekekekek rasa nk buat pelok

    BalasPadam
  7. kreatif.. mengimbau memori ms sek ren dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu masa sekolah tak merasa buat mende2 ni, Anies :)

      Padam
  8. menarik plak....kreatif... xpernah lagi buat cm n,slqlu lukis kt ibu jari ja

    BalasPadam
  9. cantik dan kreatif.. idea yang menarik untuk si cilik..

    BalasPadam
  10. Menariknya! boleh guna idea ni untuk ajar budak-budak sekolah tentang animals nanti hehehe terima kasih kerana berkongsi. Saya singgah dan follow sini ya. jemput melawat blog saya :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi berkunjung dan follow blog akak, Syed :)

      Padam
  11. Lepas ni kena buat untuk orang tua2 pulak.

    Nanti tentu ada gambar kucing berkaki bangku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha nak tengok juga kucing berkaki bangku. Menarik tuh!

      Padam
  12. cute nyer farrah :)
    mesti fun time beraktiviti tu ekk?

    BalasPadam
  13. comellnye... ade ea ink thumb print tuh... ehh kene cari ni.. boleh main dgn firash nnt nih.. tp ink tu cmne kak farrah

    BalasPadam
  14. Assalam kak menarik ! , bukan budak budak je suka , hakak budak pun suka

    BalasPadam
  15. sangat2 kreatif akak.. suka tgk comel2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.