*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.
Bahan-bahan yang diperlukan: Ayam dalam lebih kurang 500-600 gram (bersihkan, potong dan cuci), bawang merah 4 biji, bawang putih 3 ulas, lebih kurang 1.5cm halia, serbuk kunyit secukupnya, 3 - 4 batang serai, 1/2 sudu teh serbuk ketumbar, 1/2 sudu teh serbuk jintan manis, 1/2 sudu teh serbuk jintan putih dan garam secukup rasa.
Assalamualaikum. Kita buat ayam rempah ya hari ini. Sabar ... sabar ... walaupun tajuk entrinya resepi air fryer, hidangan ayam goreng rempah ini boleh disediakan seperti biasa. Cuma bagi yang ada air fryer tu, gunalah air fryer. Insya-Allah dapat sediakan hidangan yang lebih sihat dan kurang minyak. Nak bakar dalam ketuhar pembakar pun boleh. Balut ayam dengan aluminium foil supaya isi ayam tidak jadi terlalu kering. Hasilnya memang wallllahhhhhhh! Yummy! Tak kisahlah cara masaknya bagaimana 😃
Ayam goreng rempah siap! Tidak guna sebarang minyak tambahan. Hanya minyak pada ayam tu je :) |
Bahan-bahan yang diperlukan: Ayam dalam lebih kurang 500-600 gram (bersihkan, potong dan cuci), bawang merah 4 biji, bawang putih 3 ulas, lebih kurang 1.5cm halia, serbuk kunyit secukupnya, 3 - 4 batang serai, 1/2 sudu teh serbuk ketumbar, 1/2 sudu teh serbuk jintan manis, 1/2 sudu teh serbuk jintan putih dan garam secukup rasa.
Cara penyediaan: Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air. Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dipotong. Perap seketika dalam setengah jam ke dua jam. Setelah itu, masak di dalam airfryer selama 20 - 23 minit. Selalunya saya akan masak 15 minit pertama menggunakan suhu 200 darjah celcius. Setelah itu, tinjaulah keadaan ayam tu. Tambahlah 5 - 8 minit lagi untuk dapatkan ayam yang benar-benar masak. At this stage, boleh juga diturunkan suhu kepada 180 darjah celcius. Tempoh masa masak bergantung kepada saiz potongan dan bahagian ayam.
Hidangkan bersama nasi panas, kuah gulai, jelanta dan sambal belacan. Nikmati keenakan ayam rempah ala nasi kukus hasil air tangan kalian sendiri. Ayam goreng rempah ini, dimakan begitu sahaja pun sedap. Jika hendak dilawan sos harrah atau sambal kicap pun boleh juga.
wa wa wahh... sedapnya... nak cikit.. hehe
BalasPadamMari mari,...jemput makan Sis Sheila :)
PadamSedapnya..saja je buat orang terliur..hehe
BalasPadamHeheh maaf ye,..dapat bagi jamu mata je :)
Padamsaya nak dua ketul... ada lg x tuan rumah? ;-)
BalasPadamMeh datang sini kita mamam sesama :)
PadamDah lama nak cadangkan dekat mak untuk beli air fryer. Dapat la makan sihat sikit hehe
BalasPadamBetul. Rasa less guilt sikitlah nak makan goreng-gorengan :)
Padamuishh sedap aihh..
BalasPadamMemang dap dap dap!
Padamgoreng macam ni pun dah sedap
BalasPadambetul betul betul!
Padamsedapnya... nak cuba lah...
BalasPadamSelamat mencuba, Sis Wan :)
Padamkena pujuk suami beli airfryer ni hahhahaha
BalasPadamsila kumpul duit dari sekarang :)
Padamsedang mengumpul duit aritu dah cukup tapi terpaksa gunakan untuk barang lain pulak... hihihihihi.. xpe la boleh kumpul lagi nanti
Padamkelebihan guna air fryer ni, masakan bebas minyak 😍 hidup jadi sihat 😉
BalasPadamBetul. Itu yang bestnya :)
Padamfeveret ni ayam goreng berempah.
BalasPadamdap dap dap kan,..
Padam