Salam 3 Ramadan! Bagaimana perjalanan Ramadan kalian setakat ini?Ada yang dah mula sibuk shopping atau buat kuih raya ke?
Alhamdulillah, saya cuti sepanjang bulan puasa sampailah seminggu lepas raya. Heheheh this is one of the perks of kerja sendiri. Cuti pun ikut kepala sendiri 😆 Bulan puasa tahun ni, selain nak cuba laksanakan ibadah sebanyak dan sesempurna mungkin, saya nak rehat puas-puas! Rehat dari urusan kerja. Dari hujung tahun lepas, sibuk berkejar ke sana ke mari, langsaikan itu ini. So, insya-Allah bulan puasa ni jadi tempoh bertenang untuk saya.
Time-time beginilah boleh relaks sedikit, buat kraf, blogwalking (akan cuba sedaya upaya untuk kunjungi kalian), dan layan hobi baru. Brush lettering. Sebenarnya, saya minat nak belajar brush lettering ni dah lama dah. Tak ada kesempatan nak attend kelas. Then, bulan April baru-baru ini ingat nak belajar via internet je. Di Youtube, di blog-blog dan Pinterest ada banyak tutorials dan templates mudah untuk latih brush lettering. Saya siap buat misi 30 days brush lettering lagi. Punyalah semangat. Sudahnya, saya ke mana, brush lettering ke mana,..tak sampai seminggu, misi kandas!
Apa taknya, nak tulis cantik-cantik ni, mana boleh dengan fikiran kusut/dalam keadaan tergesa-gesa! Kena tenang, aman,...barulah cantik setiap upstroke dan downstroke yang dihasilkan.
So, bulan puasa ni, I try to pick up where I left.
Practice sheets dan brush pens saya. Mudah-mudahan berjayalah.
Kalian ada apa-apa target atau misi khas sempena Ramadan ni? Kongsi dengan saya di ruangan komen ye.
eh... bgsnya ada hobi mcm2 farah ni... dl masa remaja sek men akan mmg minat seni terutama seni lukis n muzik... beljar organ masuk kelas lukisan,,, tp bila masuk uni, seni tu terus hilang wlupun still ambil course seni, tp lebih pada filem dan produksi... sampai skang malas dah nak berseni terutama melukis... kalau ada apa2 anak suruh baru buat craft...
BalasPadammisi ramadhan nak bayakkan amal dr thn lepas... yg ptg cari redha Allah kan,,,
Wah, cabang seni kak Sheila lagi hebat! Saya ni pun, buat sekadar untuk isi masa kosong je kak. Mudah2an kita berjaya capai misi ramadhan kita tahun ni ye kak.
Padamjelesnya orang kerja sendiri ni..tak payah mengadap jem petang-petang..hehe.selamat berpuasa kak Farrah. Target tu memang banyak.harap dapat tercapai sebanyak yang boleh.
BalasPadamtapi keje sendiri kena jaga soru sendiri Sal,..kalau malas sangat, tak makan nanti heheheh
Padamhi farah...blh kongsi tak macam cutter, die cut and stamping tu kat mana biasa jual harga murah2?
BalasPadamHi Haila :)
PadamSelalunya barang seperti cutter dan clear stamps saya beli di Popular (bhgin stationery) ketika ada promosi.
Hiasan kraf seperti embellishments, kertas bercorak dan die cuts juga di Popular dan Mr. DIY. Sesekali klu ada peruntukan lebih pergi CraftHaven dan Artfriend.
Haila boleh juga cuba beli barang dan peralatan kraf secara online di LAZADA dan Shopee. Banyak yang murah-murah dan ada offer menarik :)
ada je benda nk buat yaaa...
BalasPadamtarget sy cuma 1. b;lk keje x hujan dan x jammed waaaaaaaa
Saya doakan perjalanan pulang Anies sentiasa lapang sepanjang Ramadhan ni :)
Padamhuhu bestnya ada masa belaja brush. skg nak layan hobi yg sedia ada pon tade masa. XD
BalasPadamHobi online shopping tu pun dah cukup hehehe
Padamtak minat buat benda macam ni.. bulan puasa kali ni memang sibuk.. memandangkan arwah mak kurang sihat dan pergi meninggalkan kami dalam bulan Ramadhan yang lalu..
BalasPadam