Sebelum ini saya pernah tulis beberapa entri resepi menggunakan air fryer seperti Cendawan Goreng, Sayur Campur Honey BBQ dan Ayam Goreng Rempah. Hari ini, satu lagi resepi mudah (dan tidak menggunakan minyak langsung) - Ayam Goreng Kunyit.
Untuk hidangan ini, kesemua bahan kita
masukkan dalam airfryer. Tak ada goreng atau tumis di kuali. Bahan-bahan
yang diperlukan: 400 - 500 g ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, 2
labu bawang besar dipotong bulat-bulat, kacang panjang, lobak merah,
sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Mula-mula, perap ayam yang
telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Potong bawang, kacang
panjang dan lobak. Banyak mana hendak guna kacang panjang dan lobak
merah, terpulang pada cita rasa.
Setelah
itu, masukkan potongan ayam yang telah diperap ke dalam air fryer dan
masak selama 20 - 25 minit. Guna suhu antara 180 - 200 darjah celcius. Sebenarnya,
suhu dan jangka masa memasak bergantung kepada saiz potongan ayam dan
tekstur ayam yang dikehendaki. Jika saiz potongan ayam kecil, memadai
untuk guna 180 darjah celcius, 15 ke 18 minit. Jika potongan ayamnya
besar, 25 minit. Inginkan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam?
Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 25 - 30 minit.
Pandai-pandailah adjust suhu dan masa asalkan hasilnya kena dengan selera. Bab-bab suhu ini kena bergantung kepada jenis air fryer anda juga.
Apa
yang penting, jangan masukkan bawang, kacang panjang dan lobak merah
sekali dengan ayam. Nanti terhangus atau jadi terlalu kering pula. Masukkan
ketiga-tiganya hanya apabila ayam hampir masak. Biasanya saya masukkan
sekitar 5-7 minit sebelum tempoh masak tamat. Cukup untuk layukan bawang dan sayur-sayur lembut.
Dah siap! Satu hidangan mudah tetapi disediakan dengan cara yang lebih sihat. Rasanya tetap enak cuma minyak meleleh-leleh itu yang tiada 😀
Baru lepas keluar dari air fryer :) |
Selamat mencuba!
hidangan simple dan sihat 👍👍👍
BalasPadamYang simple2 tu yang yummehhhh :)
PadamSedap!! Lapar! Lagi 15 mins nak berbuka. Hee. Selamat berbuka puasa Farrah =)
BalasPadamSame goes to you, Siqah!
Padamada lg x? nk seketul ;-)
BalasPadamTinggal gambar sahaja :)
Padamwah. resepi lagi. nyummm
BalasPadam:) :) :)
Padambagusnya masak menggunakan air fryer nih.. tapi bab nak basuh air fryer tu kadang macam malas skit.. hehehe..
BalasPadam