Ahad, Julai 16, 2017

Sedingin Pluto yang HANGAT!

Hari ini kita cerita tentang Sedingin Pluto dan saya sertakan sekali kord gitarnya. Saya tengah kat kedai masa tu. Coffee break la konon-kononnya. Sambil hirup kopi + layan perasaan, sambil dengar radio. Tiba-tiba keluar satu lagu best yang sangat-sangat 'memancing telinga!'

My first impression was like, 'Whoahhhhh!! Bestnya arrangement lagu ni!' Terus tanya kat budak kedai lagu siapa? Si Wan jawab lagu kumpulan baru Joe Wings. Tengok saya minat dengan lagu tu, terus dia kuatkan radio untuk saya. Lirik pun boleh layan....

Lamanya dinanti,
Panas tak menjadi,
Kau pluto yang dingin...


Kumpulan baru Joe Wings? Yes, adalah pernah dengar yang Joe tubuh kumpulan baru - Prime Domestic,.. tapi kenapa suara macam Aweera? Memang lenggok suara, cara tarik sebijik macam Aweera. Baru  nak capai phone (konon-konon nak google lah), Si Wan cakap, "Memang Aweera, kak!" 😆

Lagu best, lirik sedap, suara vokalis power, Sedingin Salju daripada Prime Domestic ni memang HANGAT! Bagi yang minat lagu-lagu rock, this is something fresh untuk halwa telinga kalian. Rasanya yang tak minat genre rock pun akan suka lagu ni. Dengar lagu ni kita memang tak akan duduk diamlah! Mesti goyang bahu sikit, goyang kaki  ke ikut rentak muzik 🎵♪🎧 Siapa yang nak join 'keterujaan' saya dengan 'pluto yang dingin', bolehlah cari lagu mereka ni di Youtube.

...dan seperti biasa, tangan mulalah gatal nak berdendang dengan Si Kapok. This is the easy version of the chords. Saya transposed supaya senang main. Kalau punya impian nak main sehebat Joe Wings, mohon cari chords lain ye 😃

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Sedingin Pluto - Prime Domestic (Easy Chords)

(Intro)
Em C D B7
C B7


Em
tiada lagi asmara
B7
buat ku terpesona
D
tiada lagi cumbuan
A
pada cahaya bintang

C
benar bukan igauan
G
hati kaku membeku
C
bagai pluto yang dingin
B7              
asing jauh terbuang

Em
padamnya asmara
B7
suramnya pesona
D
perginya dambaan
A
mentari dan bulan

C
lamanya dinanti
G
panas tak menjadi
C
kau pluto yang dingin
B7                
malam tak pernah siang


[Chorus]
C
kasih ku padamu
G
seluas semesta
D
kasih mu padaku
Em
sekelumit cuma

C
rindu kau pinggirkan
G
walau seketika
D
bukan sembarangan
B7
jadi berantakan akhirnya


Em C      D   B7
        rindu mu semakin kurang
Em C      D   B7
        pudar dan semakin hilang
Em C      D   B7              C
        dirimu bukan lagi yang dulu
A
kini bersarang
D            B7
membeku di minda


18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Biasa je, Mrs Pip. Buat hilang-hilang bosan :)

      Padam
  2. wow Aweera nak mulakan langkah baru.. all the best untuk dia.. sbagai fan akan ku sokong dari jauh setebal rambotnya hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena rephrase ayat tu,..rambut dia sekarang dah tak tebal sangat ;)

      Padam
    2. wooah rambut baru ka ? huurm.. takpela.. akan ku sokong dia sehensem mukanya =D hehehe.. yang tu maintain kan..

      Padam
    3. Fuhhh memang die hard fan Aweera nih :D

      Padam
  3. Kalau cord B memang terkehel jari saya nak mencapainya... hahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh memang betul! memang terkehel jari dibuatnya :D

      Padam
  4. Belum pernah dengar lagi. Dah jarang sangat dengat radio sekarang. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,... nanti ada kelapangan boleh catch up dengar lagu kat spotify ke raku ke :)

      Padam
  5. Tak pernah dengar lagu ni.. Siap ada code gitar tu

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Nanti dengar ye,..mana tahu kena dgn citarasa :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.