Pernah dengar tentang spiraldex? Dalam entri awal September yang lalu, saya ajak kalian meneka apakah nama dan kegunaan rajah berlingkar di bawah.
Jawapan yang tepat ialah Spiraldex. Kita guna spiraldex untuk tulis jadual harian kita dalam bentuk visual yang lebih menarik. Kiranya macam timeline of the day lah. Kalau tanya pada planner addicts atau mereka yang buat bullet journals or filofax, they know better.
Nombor-nombor pada spiraldex itu mewakili jam (waktu). Jadi, catatlah sebarang temu janji, mesyuarat dan tugasan lain mengikut senggak waktu. Tanda atau warnakan (jika perlu) supaya kita dapat gambaran kasar perjalanan hari kita bagaimana. In a glance kita dah tahu hari kita hectic atau sebaliknya.
Contoh penggunaan spiraldex
Kredit |
Selain daripada itu, kita juga ada Chronodex. Sebenarnya spiraldex dan chronodex lebih kurang sahaja cuma rekaan chronodex ni lain sedikit berbanding spiraldex. Spiraldex jenis yang simple, berlingkar berpusar seperti siput atau cengkerang. Chronodex lebih complicated, rekaannya seperti muka jam dengan setiap sela jam dipecah/dipisahkan. Pada dasarnya, cara penggunaan tetap sama. Secara peribadi, bagi saya chronodex lebih mudah dan jelas untuk digunakan.
Kredit |
Perbezaan antara Chronodex dan Spiraldex
Kredit |
Bagi yang berminat menggunakan spiraldex atau chronodex untuk rancang jadual harian, kedua-duanya boleh didapati dalam pelbagai bentuk:
- Cap getah/ rubber stamp
Kredit |
- Pelekat
Kredit |
- Stensil
Kredit |
- Spiraldex pad/ Chronodex pad (lazimnya dijual dalam bentuk inserts bersaiz A5/6)
*Sumber gambar dari Pinterest. Credit goes to the original owner of the pictures.
Jika sukar nak cari, muat turun mana-mana template spiraldex/chronodex di internet. Cetak atas kertas pelekat. Apabila nak guna, hanya perlu potong dan lekat pada planner.
Yang berjaya teka dengan tepat
Saya dah janji nak beri hadiah kenang-kenangan pada yang berjaya meneka dengan tepat. Alhamdulillah, kita ada dua pemenang yang bertuah!
Anamizu
Chronodex pun saya terima 😃
Sis LZ
Tahniah buat kedua-duanya! Jika kalian baca entri ini terlebih dahulu sebelum saya sempat hubungi kalian, (buat masa ini saya tiada di sini) tolong e-mel atau tinggalkan di ruangan komen butiran surat-menyurat untuk tujuan pengeposan hadiah. Terima kasih juga pada yang lain, sudi berteka-teka dengan saya.
Intai juga:
mmg jawapan sy menyimpang ke laut china selatan hahahaha
BalasPadamHeheheh tak apa. Jawapan tangga cina tu tetap menjadi pojaan hati saya ;)
Padamni first time dengar.. hehe nampak sangat bukan jenis yang sistematik =P
BalasPadamKihkih. Ni utk yang super sistematik. Akak kadang2 je guna mende ni sebab nak planner nampak cantik je :D
Padami dont even have a planner hahaha.. ok ok but i do organize things kat phone. important dates and everything la. kira okla kan ? hahaha.. nak jugeek =P
PadamDah ok sangat dah tu. Akak tak pandai buat reminder dlm phone. Sebab sampai kesudah tak akan bukak :)
Padamtak pernah tahu namanya.. ilmu baru nih.. tahniah kepada yang berjaya meneka.. terima kasih kepada Farrah sudi berkongsi ilmu nih..
BalasPadammy pleasure, eyda :)
PadamPENIN PLAK I TGK BENDA ALAH SPIRAL NI.HIHI
BalasPadamalamak,..jangan sampai penin!
PadamThanks kak Farrah for the pictures. Baru faham cara nak guna spiraldex ni. Masa googled jawapan dulu tu, tak faham cara nak guna dia. Haha
BalasPadamTapi tekaan Farah betul kan? :) Haaa, mana tahu lepas ni Farah boleh guna untuk plan your days.
Padamhaha, adoi... tu ke bendanya ...
BalasPadam1st time dgr benda ni ..
ok, lepas ni dah dapat 1 ilmu baru kat sini :))
thanks Farrah ....
My pleasure, Mrs Pip :)
PadamBaru taw pasal ni tq kak farah sharing
BalasPadamBolehlah Ekin berjinak-jinak guna spiraldex lepas ni ye
Padamjadi cantik dan unik lak jadual kalau mcmni :D
BalasPadamBetul. Cantik je jadual harian. Sejuk mata pandang :)
PadamWow...first time dengar ni. Idea yang menarik. Saya nak buat untuk kerja kt opis. Xdela rasa macam curi tulang n x produktif. Thanks share
BalasPadamSelamat mencuba, Sal. Selamat menjadi lebih produktif meskipun akak tahu awak ni memang terlebih rajin kerja. Hujung minggu pun gi opis kan,..
Padamowho, jauh menyimpang kot dgn tekaan cik timm sebelum ni, haha!
BalasPadamhehehe tak mengapa Cik Timm. Sekali sekala menyimpang tak de hal!
Padamtak penah guna lg mcm ni... nmpk senang nk susun jadual harian☺️
BalasPadamsenang nampak jadual kita :)
Padambelum cuba lagi
BalasPadamnanti boleh cuba lepas ni :)
Padaminfo baru ni, tak pernah guna pun sebelum ni
BalasPadamBolehlah Raihanah cuba guna selepas ini :)
PadamTahniah pada yg hebat meneka.. mummy ni dok kelip2 masih tak dapat kelu.. hehe
BalasPadamHihihi tak pe, Mummy. Jangan stress..jangan stress
Padamwow hebatnye
BalasPadamayu 1st time pon tgk bnd ni
xpernah tau